Friday, 14 November 2014

Welcome New Family + Usia Setahun LDoubleUT



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Dengan izin Tuhan group LdoubleUT atau nama manjanya “Leaders Without Title” telah pun berusia setahun. Woot !!! Kalau ada baby, dah boleh berjalan tatih-tatih. Kan? Juga tak lupa kepada orang paling kuat LdoubleUT, Abang Jamil, yang baru sahaja menambah satu lagi nombor kat umur beliau. Semoga beliau berjaya dan dipermudahkan segala urusan dalam hidup. Amiin...

“Happy Birthday Abang !!!”

Dengan izin Tuhan juga, ukhuwah yang dibina selama setahun bertahan sehingga sekarang. Ibarat satu keluarga, susah senang dihadapi bersama. Kita dihadirkan masalah dan kita jugalah yang menyelesaikannya. Betul. Guru yang paling baik adalah pengalaman kita sendiri. Dan pengalaman itu yang menjadikan kita semakin kuat dan matang. Kalau kat sekolah pun, kita asyik kena marah dengan cikgu kalau salah. Akhirnya, kita dapat buat dengan betul juga. Cuba tiada siapa yang marah. Sampai bila-bila pun akan tetap mengulangi kesalahan tu.

“Life is like riding a bicycle, to make it, life one must keep it moving”.

Maksudnya hidup ni umpama seperti mengayuh basikal. Untuk lakukannya, seseorang kena pastikan ia terus bergerak. Hidup tak selalunya indah. Langit tak selalunya cerah. Kan? Walau susah macam mana pun kita kena teruskan sampai apa yang kita harapkan tercapai. Macam main basikal. Naik bukit kita kayuh, turun bukit kita kayuh tak? Hahaha. Sesungguhnya pengalaman itu ada dua. Pengalaman pahit dan penglaman manis. Dua-dua pengalaman. Bak kata pakcik makcik dahulu kala, “buang yang keruh, ambil yang jernih”.

“Yang pahit itu memori, yang indah itu kenangan”

Akhirnya, semester baru bermula. Maka, adalah generasi kedua LdoubleUT. Dengan izin tuhan, beberapa orang telah pun terpilih menjadi ahli LdoubeUT. Sebelum pengambilan mereka ni. Kami dah senarai pendek beberapa nama untuk diserap ke dalam LdoubleUT. Setiap gerak geri mereka dipantau kemas secara rahsia. Dinilai mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Part kriteria-kriteria tu rahsia. Cliche je. Sebenarnya agak susah nak cari muka baru ni. Sebab semuanya malu-malu kucing. Bagi ikan, baru nampak bayang. Haha. Lebih kurang macam tu la.

Dan 12 orang adik-adik;

“Eh adik?”
“Yela adik, Tahun 1 kan?”
“Haha”.

Haa. Adik-adik ni telah dipilih dan terpilih secara rasminya jadi geng LdoubleUT. Tepuk la sikit. Bangga? Ya! Kami bangga dengan mereka ni. Sanggup beri komitmen pada LdoubleUT. Sanggup melakukan sesuatu perkara untuk belajar perkara yang baru. Seronok itu nombor dua tapi pengalaman itu yang utama. Fuh ! Kata-kata semangat untuk semua. Petik dari mana entah.

Walau baru beberapa kali berjumpa, tapi nampaknya keserasian itu sudah mula terbina. Berkat doa rabitah yang dibaca di awal perjumpaan agaknya. Wallahualam. Begitulah hendaknya. Semoga LdoubleUT lebih maju dan matang pada masa akan datang. Harapan tu. Haha. Kita ada kek, kita kongsi sama rata. Begitulah umpamanya menuntut ilmu. Kita ada ilmu, apa salahnya kongsi sama rata dengan kawan-kawan. Ilmu yang bermanfaat membawa ke syurga. InsyaAllah.

-Sekian-



Credits by: Aizat Zaki a.k.a kobain

0 comments:

Post a Comment