Kali
Pertama –by.me.eddy.akem-
“ALLAHU
AKBAR ALLAHU AKBAR.. LAAA ILAAHA ILLAHHAAHU WALLAAAHU AKBAR. ALLAAHU AKBAR
WALILLAAHIL HAMD. “
Sebak. Sayu. Sedih. Pertama kali raya takde ketupat dan ayam
kicap. Pertama kali dengar takbir raya di perantauan. Pertama kali solat sunat
Aidiladha di lapangan. !
“ Eh kejap. Tapi kenapa.? “
Terpilih untuk
menyertai Titik Sentuhan @yogyakarta 2.1 bukanlah sesuatu yang dijangka. Aku
datang temuduga dulu sekadar untuk menimba pengalaman, dan akhirnya terpilih.
Apalagi bila aku diletakkan sebagai AJK TAJAAN, yang bertanggungjawab mencari
dan menguruskan tajaan kami untuk ke sana .Aku sangat takut dan hampir tarik
diri. Masa tu rasa lonely sangat.
Semua orang hebat-hebat ni. Legend-legend
In-Smartive ni semua yang pergi.
“ When you want to stop doing
something, think, why you want to start it at the first place”
Alhamdulillah tetiba dapat berita pak cik ejat pergi jugak.
*thanks ejat teman ^_^ walaupun ejat ni legend juga
sebenarnya.Selepas persiapan mental dan fizikal dibuat, kami berlepas ke
Yogyakarta pada 2 Oktober 2014 dengan penerbangan Air Asia *okay ni pun pertama
kali naik kapal terbang. Hiks.
Sampai di Dusun Ngepring kami diserah kepada keluarga angkat masing-masing.
Aku sangat teruja nampak kambing dan kandang sapi belakang rumah keluarga
angkat aku ni. Hari-hari aku bagi mereka makan. Dan tiap pagi juga aku termenung depan kolah
bilik air.
“Nak mandi ke tak nak ea.?”
Pernah
rasa mandi ais.? Ha macam tu lah sejuknya air kat sini. Memang menggigil habis.
Subuh di sini awal. Lebih kurang pukul 4 dah subuh.
Pukul 5 matahari dah mula naik. Sumber
pendapatan utama penduduk adalah susu sapi, termasuk keluarga angkat aku.
Alhamdulillah dapat juga aku merasa perah susu sapi dan minum susu sapi segar
punya. Pengalaman pertama kali terbaik pernah aku rasa. *jangan cerita macam
mana ‘excitednya’ aku masa perah susu
sapi tu.hehe
“Kita tidak akan merasai
nikmatnya kemewahan andai kita tidak merasa peritnya kesusahan”
Sekarang beralih pada makanan. Tauhu bacem dan nangka
gudhek adalah makanan paling sedap. Serius sedap. Septi (kawan serumah dari
UTY) beritahu nangka gudhek adalah makanan-wajib-rasa di
Yogya. Tak sah rasanya kalau tak rasa ‘gudhek’ ni bila dah sampai Yogya. Owh
ye, ‘bacem’ bukan hanya untuk tauhu saja okay, malah daging korban yang kami
dapat masa raya korban pun mbah masak bacem. (mbah = nenek)
Hari raya korban.Selama sedekad lebih yang lepas,hari raya
korban dihabiskan dengan menonton tv sambil membuang masa sebelum balik
kampung. Tahun ni adalah tahun paling bermakna sebab aku buat dari awal hingga
akhir kerja-kerja penyembelihan haiwan korban.Kalau dikira, dari A-X aku buat.
(sampai x je sebab sembelih dan pembahagian aku tak buat. Hehe).Petang tu
tolong mbah bersihkan kandang sapi, dan masak daging korban. I masak guna dapur
kayu okay. Lenguh mulut tiup api. Hehe.
![]() |
Bergambar semasa takbir
keliling. Seperti ada ‘nur’ di wajahku gitu.
|
Ahad, 5 oktober 2014. Hari terakhir kami beraktiviti bersama
mahasiswa Universitas Teknologi Yogyakarta dan penduduk Ngepring. Segala
kerjasama dan penglibatan dari mereka amat kami hargai. Pembinaan Perpustakaan
Budiman di Dusun Ngepring banyak dibantu oleh mereka. Sebagai menghargai jasa
dan pengorbanan mereka,kami buat sukaneka pada waktu petang. Lucu tengok mereka
buat refreshment. Macam biasalah,
masalah bahasa sentiasa menghantui kami. Walaumacam mana pun, aktiviti sukaneka
ni memang seronok. Malam tu ada mini majlis perpisahan. Ada permainan ‘saya
suka awak’ , persembahan, undian beberapa kategori peserta antaranya ‘peserta
terbaik, peserta paling sporting’ dan sebagainya. ‘warkah buat teman’ paling
sebak. Pelbagai harapan dan kata-kata semangat
diberi. Buat aku, kebanyakan teman-teman dari UTY mengharapkan agar aku
meneruskan Bahasa Jawa ku. Haa.. mesti
ramai tak tahu kan.? I Speaking Jawa here. I introduce myself in Javanese to
the villagers. But then, its sound funny. Need more practice I beat.
credit to: Shifu Eddy
0 comments:
Post a Comment