Friday, 11 October 2013

P1: PENGALAMAN BERNIAGA KALI PERTAMA (NASH)

Pengalaman Berniaga Kali Pertama.


Beniaga kecil-kecilan selalu dipandang rendah masyarakat kita.Nampak miskin dan terdesak, tanpa memahami keseronokan dalm dunia perniagaan itu sendiri.Sebelum ini saya pun berpandangan yang sama. Kadang-kadang beli barang peniaga kecil ini pun kerana harganya yang murah sedikit dari pusat beli belah.

Tapi Allah beri saya peluang merasai sendiri jerih payah berniaga walaupun sekerat hari sahaja. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh kumpulan LdoubleUT untuk belajar macam mana berniaga dan macam mana berinteraksi dgn masyarakat.

(mukadimah dulu)

Ceritanya bermula pada 10/10/2013,wauuu tarikh yang sangat sesuai bukan.Tempat pertama sy berniaga ialah terletak di sebuah pasar Tani berhampiran dengan ump@city. Kami bertolak dr kolej kediaman pada pukul 5.15 ptg. Perjalanan menuju ke pasar Tani itu mengambil masa dalam 20 minit. Sewaktu didalam kereta fikiran sy melayang memikirkan strategik untuk menarik pelanggan dtg ke gerai nanti.

Setibanya di pasar Tani, kami disambut oleh Abg Aman (si pelat R)..sy nervous sebab xtau dapat berniaga di kedai apa sbb kedai ikan ada, kepok2 ada dan macam2 lagi. Dan akhirnya sy diletakkan di tempat orang menjual SAYUR..

Disitu lah sy berkenalan dgn Kak Syamsiah..Kak Syamsiah ni seorang yg pemalu rpenya..tp jgn risau kerana sy ni seorg yg xtau malu..hahaha(gelak jahat)...Disitu kak Syam terangkan sy jenis2 sayur yg dia jual..rpe2nye byk sayur yg sy xknl..(tau mkn je)..ok..lepas dh tau harga2 setiap sayur tu kene lh keluarkan suara nak tarik pelanggan..walaupun sy ni seorg yg xtau malu..tp kene beranikan diri jgk lh..tebalkan diri pastu jerit "sayur...sayur..seikat singgit..seikat singgit..murah bang..murah.."

Sewaktu beniaga kak Syam menceritakan pengalaman dia berniaga..rpe2nye dia baru setahun berniaga..dia ceritakan berniaga ni seronok berbanding dari keje bwh org..berniaga blh tambah byk kwn..kalau keje bwh org kenal org yg sama ja...pastu die ckp lh..kalau berniaga duit dpt byk dri keje bwh org pastu keje bwh org kene ikut mood bos..kalau mood x ok..x ok lh jwbnye..tp kalau niaga ikut mood sndri..kalau malas niaga xyh niaga lh..tp nk mkn ape kalau x niaga..mkn pasir!!..tbe2 niat dlm hati teringin pulk nk berniaga (blh beli kereta utk #KBB)

Bergelak Sakan dgn pelanggan



Bila time maghrib,sy rehat kejap utk solat maghrib. solat kena lah utamakan kalau nak dapat keberkatan dalam berniaga dan hidup :)..Tak lama selepas tu stg abg Aman n the geng, hehehe..dtg nk jemput kitew leww tu..sedih rasa nak tinggalkan kak Syam..sebelum balik kak Syam ada nk bg duit tp sy tolak..sy dtg tolong ni ikhlas dn x mintak apa2 pn...

Bergambar dgn Kak Syam sebelum balik



Selepas semua berkumpul, kami pergi ke A&W utk makan dan buat postmortem. Dekat situ semua org bercakap dan bercerita apa yg diorang dapat belajar dan apa feedback dari orang yang kita niaga. Kami sangat gembira dan seronok kerana dapat menolong mak cik2 dan pak cik2 berniaga di bazaar..Akhir sekali abg Aman explain pasal apa yg patut kami improvekan utk program yg seterusnya dan abg Aman menerangkan plan startegik LdoubleUT utk masa yg akan dtg

Akhir kata dr sy..bila buat sesuatu buatlah dgn ikhlas tanpa meminta balasan dan igt lh org tersayang..hehe..

<3 in-smartive
<3 LdoubleUT
<3 KBB

0 comments:

Post a Comment