Friday, 11 October 2013

P1: TUDUNG OH TUDUNG (AZRI)

Assalamualaikum, saya Shahrul Azri bin Ibrahim ingin menceritakan pengalaman program LdoubleUT program pertama yang saya telah alami pada hari khamis yang lalu bersamaan 10/10/2013. Program pertama kami dijalankan di situ pasar yang terletak berhampiran dengan kolej kediaman 5 yang terletak di bandar Pekan, Bandar Diraja yang juga terkenal sebagai UMP City. Kami yang tinggal di kolej kediaman di dalam kampus bertolak ke tempat tersebut kira-kira pukul 5.15 petang. Setibanya kami tempat yang dikehendaki, kami melangkah keluar dari kereta sambil memikir apa yang akan bakal kami hadapi. Saat itu, saya hanya memikirkan yang saya tak mahu diletakkan di kedai pakai. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi saya kerana akhirnya saya diletakkan di kedai menjual tudung. Bermula kisah yang menarik dan babak sedih dan gembira ketika menjual di situ.


Semasa saya dikenalkan dengan tauke kedai tersebut oleh Abang Aman. Peniaga tersebut bernama HJ UMAR SAMON. Haji Umar itu sangat peramah kerana mudah diajak berbual. Pada mula saya tidak tahu hendak membuat apa kerana itulah kali pertama pengalaman saya menjual tudung. Walau bagaimana pun, cara komunikasi saya dengan pak cik Umar dan isterinya kurang kerana saya hanya dapat menjalankan komunikasi secara satu hala sahaja. Hal ini kerana, isteri pak cik Umar bukanlah orang tempatan. Walaupun, cara komunikasi dengan mak cik itu kerana berkesan, saya cuba juga memahami apa yang dikatakan oleh makcik itu. Namun demikian, layanan yang diberikan oleh mak cik itu sangat baik sekali. Sementara menunggu pelanggan, tiba-tiba datang seorang pelanggan masuk ke kedai tersebut. Waktu itu saya ingin pergi melayan pelanggan tersebut tetapi dengan tak semena-mena pelanggan itu bercakap bahasa siam. Dengan perlahan-perlahan saya pun mengundurkan diri kerana saya tidak faham apa yang dikatakan oleh pelanggan itu. Jadi saya hanya melihat mak cik itu melayan pelanggan itu.


Isteri Hj Umar Samon


kak, mai pilih kak!! thai mari




Apabila senja menjelma, saya membantu pak cik Umar untuk memasang lampu di kedai tersebut. Pada cubaan pertama, sebanyak 3 butir mentol yang terbakar kerana arus elektrik yang dibekalkan terlampau tinggi. Ketika itu , sayup saya melihat pak cik Umar tetapi wajahnya yang sedih itu disembunyikan. Selepas itu, pak cik Umar ke kedai untuk membeli mentol. Selepas itu, apabila berkumandang azan Maghrib, saya menunggu pakcik Umar pulang dari surau di stesen minyak berhampiran untuk giliran saya menunaikan solat. Setelah menunaikan solat, saya pun kembali ke kedai tersebut. Selepas itu, saya membantu pakcik Umar menyimpan tudung tersebut ke dalam van miliknya.



Sebagai konklusi, saya amat berbangga kerana saya terpilih dalam LdoubleUT ini kerana di sini saya dapat lihat bagaimana orang hidup lebih susah daripada kita. Oleh itu, dengan program sebegini saya dapat menggembirakan orang lain. Sesungguhnya apabila kita menggembirakan hati orang lain, Allah akan menggembirakan kita mahupun keluarga kita. Itu sahaja yang saya dapat tulis untuk kali ini. Jumpa di lain kali. Assalamualaikum W.B.T




0 comments:

Post a Comment