Saturday, 12 October 2013

P1 :NASI AYAM, NASI MINYAK 3 RM10 (EDDY)



Haaa.. nasi ayam ! nasi minyak ! 3 RM10! 3 RM10! 3 RM10! Nasi lemak supe mak kite wat .!

Begitu nyaring suara teriakan Abg Awie. Suasana yang hambar pada mulanya mula dibanjiri pelanggan sekitar pasar malam. Aku yang termangu-mangu membuntuti  Nash ketika itu hanya mampu tersenyum saat dia ‘menyerahkan’  aku pada Abang Awie.

‘ohh.. jual makanan.. teringat nasi bajet   T_T   !! ‘

Ini merupakan pengalaman kali kedua aku berniaga di pasar. Dulu masa bulan puasa yang lepas aku jual nasi bajet – nasi kak wok bak kata ore Klate – saje suka-suka cari pengalaman. Hmm.,, nampak nya permintaan aku untuk dapat kedai baju langsung diabaikan orang berkenan. Dapat jual makanan pon seru deh.!
   haa,,bagi sesape yg xtw ini lah rupe nasi bajet tu. 

Jadi… berbekalkan sisa-sisa skill dan kemahiran yang masih ada ini, maka keluarlah..

‘Haaaa,, bang, sila bang, sila kak. Nasi ayam , nasi minyak , 1 Rm3.50! 3 Rm10! 3Rm10! Mana nak dapat bang. ! mana nak dapat ni kak..!!

‘yang penting jadi peniaga ni buang sifat malu, jangan hiraukan apa orang sekeliling kata , mereka hanya cuba untuk menjatuhkan semangat kita , panggil pelanggan dengan nama yang mereka suka , kalau dapat berbahasa seperti mereka , itu bonus untuk kita , ‘ - Abang Awie –

Bereh boh Abang Awie.! Seronok dapat tolong meniaga kat pasar malam ni. Macam-macam  karenah dan lagat manusia dapat kita tengok. Syukur dapat Abang Awie yang tersangat peramah dan tak lokek untuk kongsi ilmu dan pengalaman. Abang Awie ni dibantu oleh sorang lagi pekerja tapi xsempat tanye lar nama akak tu.

Ada sedikit komplikasi yang kami hadapi hari tu. Hujan yang turun renyai-renyai merupakan faktor pelanggan culas untuk mengunjungi tapak pasar malam . keadaan gerai yang gelap disebabkan fius generator terbakar memberi impak yang besar kepada kami. Namun Alhamdulillah, berkat pertolongan ‘jiran-jiran’ generator berjaya berfungsi. Aku dapat belajar sesuatu masa tu. Walaupun mereka saling bersaing untuk melariskan jualan, namun bilamana sekeliling mereka ditimpa masalah, mereka tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan. Hidup bermasyarakat. Indah bukan.?

Hari dah mula gelap. Sang suria mula melabuhkan sinarnya dan kegelapan malam mula terasa. Sebagai taktik perniagaan, harga jualan diturunkan – 4 Rm 10. Alhamdulillah,berkat kesabaran, akhirnya makanan sudah habis dijual. Terima kasih yerr pak cik sebab beli kesemua 8 bungkus nasi minyak kami. ^^

Tidak lama kemudian kelibat Arif dan Abang Jamil kelihatan.

Oh,, nak ‘ambil’ saya semula rupanya..

Kepada Abang Awie, terima kasih bagi tunjuk ajar dan sanggup turunkan ‘ilmu’ pada saya. Semoga Abang Awie sukses selalu . kirim salam akak kat rumah yer,sampai ketemu lagi, terima kasih belanja. Segan nak terima sebab saya xtolong ape pon.-tolong jerit je-  hehe  >.<
                                          'nah ambik ni Abg Awie blanja'  
                                                   "eh xpe bang, saya tolong jerit je"

Kepada LdoubleUt.. terima kasih untuk aktiviti malam ni. P1 ni memang memberi banyak pengajaran dan pengalaman yang hebat. Postmortem kat A&w terpaksa dilakukan dengan pantas kerana kami mengejar masa. perbincangan tamat jam 2115 dan kami terus pulang ke kampus tercinta. Kepada KBB,, tinggal lah anda di sana okay.?

Sebagai konklusi,diharapkan aktiviti sebegini dapat dilakukan pada masa kelak,dan sama-sama dapat melakukan penambahbaikkan untuk kecemerlangan LdoubleUt bersama. Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya dan imbuhan yang kita peroleh hari ini menjadi bekal masa hadapan.

Sekian. Assalamualaikum.

<3 ALLAH
<3 LdoubleUt
senyum sikit  ('_^)

                                           -eddy-


0 comments:

Post a Comment