:D mulakan hari-hari indah anda dengan senyuman.
Okey guys, first sekali ape kata kita mulakan wadah kita
dengan seranggap pantun..cewahhh!
Indah berbalam si awan petang,
Beranak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Actually pada 10/10/2013 yang lalu azie ngn beberapa team"LdoubleUT" telah ke pasar berhadapan dengan ump@city untuk program yang dipanggil
khidmat kominiti gitu. So berkaryaanya azie disini adalah untuk menceritakan
kepada adikadik tentang pengalaman kakak2 yang berniaga buat pertama kalinya. Okay
sejujurnya memang saya tak ada langsung pengalaman berniaga. Tapi masa aze
kat sekolah dulu adalah jugak aze meniaga okay. Cumanya meniaga masa hari
usahawan je la.. hehe :D
Tapi sedikit sebanyak azee gunakan pengalaman meniaga tu
untuk diterapkan sepanjang azee meniaga kat pasar tu.
Senanya aze lambat beberapa jam dari kawan2 yang lain. So sad you olls. tp
its okay la sbb aze tetap enjoy meniaga. Okay first sekali masa sampai kat
pasar tu jumpa umie okey. Wuu semangat gitu tgk umie niaga. Umie niaga keropokk
lekor.. so yummy! N jalan lagi kedepan we olss jumpa dengan nash. Nash tny sape
nk niaga sayur kat sebelah gerai dia. So aze pun dengan penuh semangat meng-offer
kan diri.. hehhe :D berdebar iolls you!
Kami so sweet beramah mesra bersama-sama. tanya berkenaan diri masing-masing. Rupanya kak Nawiah ada 6 orang anak.. Aze pun terfikir macamna kak Nawiah bekerja siang dan malam demi membesar anak-anak yang semuanya masih bersekolah. seperti yang kita tahu kos bersekolah anak-anak sangat tinggi sekarang. sedikit sebanyak cerita kak Nawiah aze dapat jadikan pengajaran.
Tengok bertapa sweetnya kami. Ibarat ibu dan anak gitu.*ada yang cakap*
keakraban yang dibina akan selalu dikenang. insha Allah :D
Sempat jugak beramah mesra dengan suami kak Nawiah atau digelar dirinya pakcik. pakcik so gentleman bila pakcik bangun dari kerusi dan bagi isteri tercinta untuk duduk. haha :)
"Nak beli sayur kak?" tu dia keluar sudah suara merdu ku melayan pelanggan yang datang.
sungguh ramai pelanggan kak nawiah. Sampai tak cukup tangan aze dibuatnya.. Dalam masa berniaga aze nampak sungguh keikhlasan kak Nawiah dalam berniaga. sangat banyak pelanggan yang dapat diskaun. bila aze tanya "biarlah,anak ramai" Ya Allah terharu aze. serius aze rasa macam nak menitiskan air mata. Walaupun harga sayur-sayuran digerainya sudah cukup murah aze rasa tapi diskaun tetap diberikan. Betapa baiknya hati akak. aze doakan rezeki akak sekeluarga sentiasa dimurahkan olehnya.
Macam-macam tips berniaga yang aze dapat. yang pertamanya perlu ikhlas kerana Allah. Kata kak Nawiah,berniaga kena rajin. Jujur penting. Jangan fikir nak untung ja. yang mungkin untung tu penting tapi jangan sampai kita tipu dalam berniaga. hilang keberkatannya.
Sekarang tibalah masa untuk bersurai.so sad ku rasakan. Dan sebelum balik sempat kak Nawiah kirimkan kulat n cili api untuk aze. yeyyy!! seronok! macam nk lompat2 kat pasar *gimik je*
Aze balik ump dan whatapps mak gambar kulat. Okay rupanya bukan aze sorang yang gembira sakan. haha. Thanks kak Nawiah! Me so love you :* semoga suatu hari nanti kita bertemu kembali! Terima Kasih pembaca!! Assalamualaikum .wbt. :D
0 comments:
Post a Comment