Saturday, 12 October 2013

P1 : JOM BELI NASI KUKUS ( MAISAL )

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ..

  Syukur Alhamdulillah , kita masih lagi dipanjangkan umur oleh Yang Maha Pencipta untuk merasai segala nikmat kurniaanNya. Dalam kita sedar atau tidak , bukan semua insan di dunia ini yang tahu erti bersyukur. Semoga kita tidak menjadi salah seorang daripada itu. Hargailah kehidupan yang kita ada selama ni , jangan pernah mengeluh atau menyesal dengan apa yang kita ada kerana semua ini adalah qada dan qada’ daripada yang MaHA Esa. Team LdoubleUT, sebuah team yang sangat unik dan kreatif. Maisal rasa sangat2 bersyukur kerana Allah takdirkan maisal untuk menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan ini. Inilah takdir Allah namanya. Tanpa kita duga, tanpa kita pinta, Allah telah pertemukan kita dengan insan2 yang ikhlas dalam mencari redhaNya di muka bumi ini.


  10/10/2013 (khamis). Kami semua geng2 LdoubleUT diberi task pertama daripada abg aman kita. MENJADI PROMOTER DIPASAR MALAM … Wow..awesome !!! Excited !!! semua ada.. yelah ..macam mane tak excited, ni first time kott .. selama niey, kita cuma jadi pembeli ( yang asyik tahu nk tawar menawar je kan .hehehe..)..xpernah terlintas di fikiran untuk jadi penjual ..

 “PENGALAMAN ITU MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN.”    Betul x ?

 OKEY.penat sudah dengan mukadimah mai yang panjang lebar, sekarang mai nk citer mai punyer pengalaman sepanjang jadi penjual dekat pasar malam tu..(walaupun sekejap jer tapi pengalaman tu sangat berharga)

 Kami ( maisal, azie, rahimah, mukhris & arif ) bertolak dari UMP pukul 6 ptg..kalau ikut planning asal..kami sepatutnya bertolak pukul 5 tapi nk buat mcm mane kami ni budak2 hbs kelas pukul 6..so, nk tak nk terpaksa la dtg lambat ckit daripada geng2 LdoubleUT yang hbs kelas awal tuu.. 

 Sesampai je kami di pasar malam yang berlokasi di pekan (berhampiran dgn Ump@city @ bdk2 bazar) ,kami berjumpa dengan abg mel a.k,a aman ..perasaan teruja ++ nervous kian bergabung .otak berpusing memikirkan ..abg aman ni nk letak mai dkt mana yer .. then, mai follow je abg aman dan arif pergi ke satu2 gerai yang still lg xder bdk2 LdoubleUT...and sorang demi sorang daripada kami dipisahkan untuk memulakan tugasan masing2 di gerai2 yang telah ditetapkan oleh abg mel a.k. aman ..mai dapat gerai jual nasi kukus ..fulamak!!! memang terbaik lah … jual nasi kot (simple jer kan)..


 Disitulah mai mula berkenalan dengan sepasang suami isteri yang tidak kurang ramahnya. Sebenarnya mai igt2 lupa nama makcik tu .kalau xsilap mai makcik jatsiah tp xtw betul ke x ..hehehe ..cz mak cik tu suruh mai pnggil dye ma ..so, mai ckp dgn mkck tu, mai panggil “ma” jerr la…hohoho ..bnyak yang mai belajar daripada ma ..mula2 ma bgthu mai nasi yang diorang jual.. nasi kukus ..ada 3 jenis ..nasi minyak, nasi beriani dan nasi biasa ..semuanya harga rm5 ..tapi kalu nak beli ayam sajer pun boleh.. rm4 ..so,lagi better bli skali dgn nasi kann..jimat gitu..hahaha ..then, ma ajar mai cara nak ikat sambal belacan, gulai (walaupun dah taw, tapi belajar jer..buat2 tak taw..orang nk bagi ilmu..so,kita kena terima dgn hati yang terbuka + ikhlas..kann) .. mai xbanyak kerja sangat ..just duduk2..borak2 dgn ma dan layan customer kalu ada .. tu jerr .. n tolong kipas nk halau lalat skali (hehhe.. nk bgthu jgak) ..mula2,mai malu jgak untuk jerit2 ..ckp dkt dkt setiap orang yg lalu-lalang..

 “bang ,nasi bang” or “kak, nasi kak”

 macam yag ma buat ..tapi, bila tgok ma selamba jer ..so ,mai pun cubalah.. walaupun tak kuat sgt ..
at least, dpt didengar oleh orang yang lalu-lalang depan gerai tu..
fokus btul..hehehe..
nampak x fokus kat situ..

“MANUSIA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, DAN SEBAIK-BAIK PERANCANG ITU ADALAH ALLAH SWT”..


 Tiba2 hujan turun ..dalam area pukul 8 lebih mcmtu lah.. n kami pun mula untuk tamat kan tugasan kami ..di pasar malam tu , ..semoga berjumpa lagi yerr ‘ma’ ..HIDUP NASI KUKUS ..hhehehe


 Kami berkumpul di A&W untuk sesi post-mortem bersama abg aman ..berbincang tentang apa yang kami dapat melalui P1 & apa yang perlu kami improve untk next task...

Last, but not least ..buat geng2 LdoubleUT esp. abg mel jamil , thanks sgt2 untuk program yang bermakna ni .. semoga kita dapat terus menjalankan aktiviti yang berfaedah seperti ini ..

 “UKHWAH FILLAH SAMPAI SYURGA” insyaAllah..

Sekian terima kasih,


~love LdoubleUT~
~love INSMARTIVE~

0 comments:

Post a Comment