Sebut
je pasal ikan, mesti kita semua akan terbayang tentang sifat–sifat ikan seperti
hanyir, geli, dan macam- macam lah. Tapi, tahukah kita sebenarnya ikan
merupakan salah satu sumber protein yang sering menjadi pilihan orang ramai dan
setiap ikan mempunyai gred2 yang tertentu. Tapi pada hari ni, Syarif bukannya
nak menceritakan pasal gred ikan ke, jenis- jenis ikan ke, khasiat yang
terdapat pada ikan ke, tapi Syarif nak ceritakan tentang pengalaman Syarif yang
menjadi penjual ikan selama beberapa jam.
Setelah
sampai disana, seorang mak cik telah menunggu syarif dan jelas dimukanya
menunjukkan dia menanti-nantikan kedatangan syarif. Nama mak cik itu ialah
Aisah binti Abd Talib, mak cik Aisah adalah pemilik gerai ikan tersebut dan dia
sering menjaga gerainya pada setiap hari bersama suaminya, tetapi semasa syarif
sampai, suaminya sedang nyenyak tidur didalam kereta, mungkin terlalu penat.
Semasa
menjual ikan, terdapat beberapa mak cik yang kelihatan pelik apabila melihat
syarif, mungkin kerana tidak pernah yang melihat syarif menjaga gerai ikan mak
cik Aisah kot. “Ni anak mak cik Aisah ke?”, “Mak cik Aisah, ni anak yang ke
berapa?”, “Ni siapa? Tak pernah nampak pon”, inilah dialog yang sering dikeluarkan
oleh beberapa orang mak cik dan mak cik Aisah menjawab syarif sebagai anak
angkat. Yang paling menarik, ada makcik yang menyangka syarif adalah pelajar
dari Sabah, dan yang paling dasyat, ada yang menyangka syarif dari negara
seberang. Mak aih!! Terengganu la
mak cik. Disini jelas kelihatan mak cik Aisah mempunyai ramai pelanggan tetap
sehingga merasa pelik dengan kehadiran syarif.
Waktu sudah menjelang
malam dan pelanggan semakin berkurangan, pada waktu itu, syarif dan mak cik
duduk dibangku gerai itu dan berborak. Mak cik Aisah menceritakan tentang
perangai-perangai anaknya dan syarif boleh mengkategorikan mak cik Aisah
sebagai ibu yang Berjaya kerana ramai anaknya dapat kealam universiti dan
tinggal tiga orang lagi yang masih belum tamat dialam persekolahan. Ketika
waktu cuti, anaknya sering menolongnya digerai.
Mak cik Aisah juga
menceritakan tentang hari-harinya sebagai seorang peniaga ikan, mak cik Aisah
sering tiada dirumah kerana sibuk dengan menjual ikan. Bagi syarif beberapa jam
menjual ikan sudah cukup untuk menguji syarif, kerana menjual ikan bukannya
satu kerja yang mudah dan agak mencabar apatah lagi pada musim tengkujuh. Pada
masa itu, syarif terfikir, didalam kesenangan syarif memakan ikan tiga rasa,
ikan bakar dan macam-macam lah, rupanya terdapat banyak pengorbanan disebalik
itu. Demi mencari rezeki yang halal, itulah yang terbaik untuk mak cik Aisah.

<3
ALLAH
<3
LdoubleUT
0 comments:
Post a Comment