Assalamualaikum....syukur kehadrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan utk tulis pengalaman pertama selepas terpilih utk join LdoubleUT ..."Manusia merancang,Allah juga merancang.tp sebaik baik perancang adalah Allah"...sangat suka ayat ini saya gunakan acapkali saya menulis mahupun ketika saya berbicara dgn sahabat2 yg lain. Sebelum ni,tidak pernah terlintas dibenak fikiran saya bahawa satu hari nati saya akan berniaga dipasar malam. Sebelum ni,saya hanya pergi beli. Pernah jugak terfikir,apa perasaan mak cik2,pak cik2,akak2,abang2 yg berniaga dekat pasar malam ni,seronok x?Then,bila saya dah experience sendiri, Ya Allah .mcm ni rupanya.Seronok sangat.
Ok.Bagaimana saya boleh terjebak ke pasar malam ni?Untuk pengetahuan semua, inilah first task yg diberi oleh abg Aman Aiman utk saya dan rakan2 LdoubleUT yg lain.Perasaan mula2 selepasa diberi tugas pertama ni macam ."saya mampu buat ke bnda ni?" . "pasar malam?.kena face dgn ramai org?" , "macam mana nak create environment yg tidak awakward bila berhadapann dgn pembeli?" . "macam mana nk jadi a good promoter?" .banyak persoalan sebenanya, but i trust Allah.The believers should know it for fact that Allah swt never puts any burden on a soul that is beyond its ability to bear.^^ kan~
Masa makan tengahhari tu ada tanya Maisal(rakan sekelas a.k.a ahli LdoubleUT) sbb dia pernah ada experience jadi promoter.Oops! Mai terbocor rahsia kau lak.hehe.. Maisal pernah jadi promoter dekat mall, sbb tu saya tanya Maisal .Almaklumlah saya xpernah ada pengalaman.Sekurang-kurangnya kita belajar dari pengalaman org lain.In shaa Allah.Dari UMP pekan, saya dan rakan2 yang lain bertolak kira2 jam 6 petang
Setibanya di pasar malam yang terletak di pekan a.k.a yg terletak berhampiran UMP@city,perasaan teruja dan berdebar sebab diberi amanah utk buat kerja2 amal ni. Even orang ckp "pasar malam jaa pon" tp as for me rasa takut tu ada jgk sebab ini satu amanah.Turun saja dari keta ,arif (ahli LdoubleUT) ajak melawat rakan2 yang lain dulu berniaga.Selepas tgok rakan2 yang lain macam enjoy ja "berniaga" then mula rasa, "ok i can do this ". Lepas tu Abg Aman Aiman letakkan saya di kedai yang menjual kek,roti,roti sosej,doughnut (kalah dunkin's doughnut sedapnya kan abg Aman).hehe
Sampai saja saya di gerai tersebut,saya disambut dengan mesra sekali dengan mak cik dan pak cik empunya gerai. Perasaan seronok sangat.Pak Cik tu saya sampai2 terus belikan air utk saya.Awal2 lagi dah terharu cara layanan pak cik dgn mak cik.Saya hanya hanya tahu nama mak cik .Dia ckp sruh panggil dia Mak cik Ti (nama sebenar katijah).Xsmpat nk berkenalan dgn pak cik empunya gerai lebih lama,sbb dia ada hal yg xboleh dielakkan. Kiranya saya dengan mak cik yang menjaga gerai hari tu.
Walauun dalam masa yang singkat bertemu Mak cik Ti,namun Mak cik Ti sempat berkongsi sedikit pengalaman ketika dia bekerja dalam bidang perniagaan.Mak cik Ti sangat tekun orangnya ketika bekerja. Kalau boleh setiap perkara yang dia buat,dia nak benda tu perfect.Dia nakkan kepuasan ketika bekerja.Dia tidak suka lihat orang curi tulang ketika bekerja.Seronok dapat tahu serba sedikit tentang Mak cik Ti.Mak cik Ti jgak seorang yang kreatif.Dia pndai melukis batik dan pernah menerima anugerah. Hebat kan! Teruja dengar cerita Mak cik Ti.Mak cik Ti juga ada buka kedai kek dan roti yang terletak di Pekan.Siap ada kad lagi Mak cik Ti bagi. In shaa Allah kalau ada masa lapang dan terluang bolehla nak berkunjung ke kedai kek dan roti mak cik Ti.
Tugas saya hanya menjaga kedai.Kalau ada pelanggan, cuma isikan makanan apa yang pelanggan nak beli, pada masa yang sama jadi cashier.Kalau ada pelanggan yang datang, Mak cik Ti akan cakap "ni anak baru" . (sambil tersenyum Mak cik Ti) .Rasa seronok dengan layanan Mak cik Ti,baik sangat. Bila masuk waktu maghrib, saya jaga kedai,then mak cik Ti solat dulu.Waktu tu rasa mcm bertanggugjawab sikit.Sebab terpaksa jaga gerai sorang2 lagi pulak gerai org. Sebelum tu Mak cik Ti dah beritahu siap2 harga setiap makanan yang ada. Nanti2 kalau ada pelanggan nak kira macam mana kalau xtahu harga~ kan~.Tapi Alhamdulillah berjaya jugak handle gerai sorang2. First experience yg sgt ohsem! Thanks LdoubleUT.
Bila mak cik selesai solat maghrib,saya dan azie (rakan UMP) pergi menunaikan solat.Alhamdulillah selesai solat,terus berjumpa dengan mak cik Ti.Kebetulan masa tu Pak cik pon ada.Baru habis mesyuarat.Saya meminta izin untuk pulang dahulu kerana kami diberi tugas utk menjaga sehingga pukul 8 malam sahaja.Kebetulan mak cik dan pak cik dapat berita ada saudara dia sakit.Jadi dia nak tutup gerai awal haritu.Setelah bersalaman,saya bersama rakan2 yang lain berkumpul dia A&W utk sesi post mortem.
Tujuan post mortem adalah utuk membincangkan experience setiap ahli LdoubleUT dan cara utk memperbaiki kualiti setiap ahli LdoubleUT.Lastly,abg Aman Aiman explain next program utk ahli LdoubleUT dan abg Aman beritahu cara utk kami improve to be a good" leader without tittle". In shaa Allah,muadah mudahan Allah bantu utk setiap niat murni kami semua ahli LdoubleUT. ^^
Saturday, 12 October 2013
P1: KEDAI KEK DAN ROTI MAK CIK TI (RAHIMAH~CRP)
Posted on 09:09 by Leaders Without Title with No comments
This entry was posted in Komuniti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment