Saturday, 22 November 2014

Pengalaman Si Penjual Sayur Sementara





Jumaat 21November 2014, kami geng LDoubleUT telah mengadakan khidmat komuniti di Pasar Peramu, Pekan.Sekitar jam 3 petang kami bertolak ke sana. Setiap Apprentice akan dibahagikan kepada gerai-gerai tertentu. Ada gerai makanan, ikan, ayam, serta sayuran. Saya diletakkan di gerai sayur.


            Gerai sayur tersebut adalah milik pasangan suami isteri yang bernama Pak Cik Latif dan Mak Cik Salamah, berusia dalam lingkungan awal 60-an. Sempat saya tanyakan serba sedikit tentang mereka. Pak Cik Latif adalah seorang pesara. Ada juga saya tanyakan tentang anak meraka. Katanya tiada seorangpun yang berminat dalm bidang peniagaan sepertinya.


Perkara pertama yang saya buat bila tiba di gerai mereka adalah Mak Cik Salamah menjalankan peranannya dengan memperkenalkan pelbagai jenis sayur-sayuran kepada saya. Antaranya ialah kubis, sawi, kangkung, bendi, dan bermacam lagi jenis sayuran. Ada diantaranya sayur yang tidak pernah saya tahu.Contohnya, daun selasih. Sebelum ini juga saya tidak pernah tahu bahawa ada pelbagai jenis kubis yang di jual di kedai-kedai. Hari ini saya dapat bezakan antara kubis biasa dengan kubis manis. Kata Mak Cik Salamah, kubis manis biasanya digunakan sebagai ulaman untuk nasi ayam.


Saya bersama Mak Cik Salamah

            Kerja saya menjual sayur tidaklah sesibuk rakan lain. Yalah, setakat menjual sayur. Lagipun, awal-awal saya tiba, Mak Cik Salamah sudah memberitahu saya bahawa pendapatan berniaga sayur di situ tidaklah terlalu banyak. Sekadar untuk mencari rezeki. Katanya, tapak perniagaan mereka tidak begitu strategik. Risau andai saya lupa nama dan harga sayur-sayuran tersebut, saya mencatatkan harga sayuran tersebut.
Pak Cik Latif dan Mak Cik Salamah

Antara sayuran yang diberi kepada saya


            Sekitar jam 6 petang, kami mula meminta diri.Oleh kerana kami berniaga sayur, tiada apa yang menarik dapat mereka berikan untuk dibawa pulang.Tetapi, mereka tetap memberi saya beberapa jenis sayuran, iaitu mentimun, cili, dan limau kasturi. Walaupun tidak menarik seperti rakan Apprentice lain yang dibekalkan dengan makanan,saya tetap menerimanya dengan senang hati.


Terima kasih kalian.


Credit to : Apprentice Zana



0 comments:

Post a Comment