Alkisah bermulalah perjalanan ke pasar untuk khidmat
komuniti 1.1. Sampai je kat pasar tu benda pertama farid nampak buah delima.
Lama mengidam. Eh lari topik lak. Sebelum diserahkan kepada Pak Ali; pemilik gerai
ikan sungai@ikan air tawar, arip serahkan farid kat azee dulu sebelum diiringi
ke gerai pak Ali ni. Tak tahu lah apa yang takut dengan Pak Ali ni. (Haish
nampak sangat tak reti tulis blog)
![]() |
nah! ikan satu saya belanja dekat readers ^_^ |
Sampai je kat kedai Pak Ali ni, dia ni cam serius sikit, sibuk
siang ikan je sampai la habis lepas tu pi mana pun tak tahu menghilangkan diri.
Nak dipendekkan cerita, Pak Ali hanya cakap kat farid “pakai apron” dan “nak
air apa?”haha. Yang lain semua sembang dengan anak dia, abang Mazol. Abang
Mazrol ni la yang bagitahu, kongsi ilmu siap motivasi gitu.
Yang pakai kopiah tu Abang Mazrol, pakai topi tu firdaus,
yang sibuk menyiang ikan dan menghadap ke belakang tu Pak Ali.
Semua ikan yang dijual semuanya dibela sendiri. Bukan kolam
tapi sangkar kat sungai. Udang galah tangkap sendiri. Abang Mazrol cerita,
berdasarkan pengalaman dia berniaga bersama ayahnya Pak Ali, orang datang beli
ikan sungai ni sekali datang memang tak menang tangan. Lepastu tak ada orang
kejap. Pastu mula dengan sorang mai, pastu jadi sibuk balik. Berdasarkan
pengalaman saya di situ pun memang begitu.
Ha lagi satu, Abang Mazrol ni merupakan pekerja oil and gas
di Kerteh Terengganu bawah syarikat TransPetro Sdn Bhd. Haa kat sini saya
memang terkesima kagum walaupun dah kerja bagus, dia tetap membantu ayahnya
berniaga ikan. Adik firdaus ni pulak walaupun kecil lagi dia boleh ganti tempat
Pak Ali siang ikan setelah Pak Ali keluar menghilangkan diri. Jadi, malulah
pada yang dah umur 19 20 21 dan keatas ni masih tak reti siang ikan. Kihkih.
Pesanan abang Mazrol, “ selagi kita mampu tuntut ilmu ni tuntut lah sampai
tahap paling tinggi, tak rugi pun” Terasa nak berniaga sampai malam pun ada
sebab sangat best. Hahaha.
![]() |
mohon jeles tengok senyuman saya k! |
Dan akhir kata(amboi macam tulis surat pulak), terima kasih
banyak yang tak terhingga kepada Pak Ali khususnya membenarkan farid menolong
dia berniaga, Abang Mazrol dan adik Firdaus atas nasihat, tunjuk ajar dan
belanja air. Hehe. LdoubleUT jugak sebab bagi
pengalaman paling bermakna ni. Dan mintak maaf sebab memang
tak reti tulis blog. hehe
nah ! untuk last entry saya, saya belanja satu gambar untuk tontonan pembaca semua .
say 'cheese' . . 'klip','klip'
0 comments:
Post a Comment