Saturday, 22 November 2014

Jom serbu gerai Bihun Sup





Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Hari ini merupakan hari yang mencipta kenangan dan pengalaman yang baru untuk saya dan beberapa orang teman yang lain sepanjang menjadi pelajar Universiti Malaysia Pahang(UMP). Kami diberikan peluang untuk menjadi peniaga di pasar malam Peramu. Sewaktu kaki melangkah masuk ke kawasan pasar malam Peramu, suasana masih kurang sibuk kerana para peniaga masih bersiap sedia untuk memulakan perniagaan. Shifu-shifu memulakan tugas mereka dengan menghantar kami ke gerai yang telah ditetapkan. 

meh beli meh . jangan tengok saja . .


Gerai mihun sup dan nasi goreng menjadi pilihan shifu untuk saya. Perasaan sewaktu tiba di gerai tersebut semestinya gementar tambahan hanya dua orang lelaki sahaja yang berada di gerai tersebut dan mereka kelihatan seperti seorang yang serius. Saya agak malu untuk berniaga dengan mereka tetapi demi menyahut cabaran dan inginkan pengalaman saya teruskan niat. 

Pertama sekali, ketika berada di gerai tersebut tanggapan pertama saya tentang abang-abang tersebut tersasar jauh. Rupa-rupanya mereka sangat peramah dan lawak menyebabkan saya tidak susah untuk menyesuaikan diri dengan suasana di situ. Walaupun agak kekok ketika saya bekerja mereka tidak lokek membantu dan mengajar cara-cara berniaga dengan betul. Bila hari mengenjak ke lewat petang, suasana yang tidak sibuk bertukar rentak. Orang mula membanjiri kawasan pasar malam Peramu. Saya mula sibuk melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai itu. 

opss ! nak beli apa kak ?


Perasaan puas dapat saya rasa kerana saya berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun mungkin banyak cacat celanya. Shifu-shifu kembali ke setiap gerai untuk mengambil kami dan tibalah masanya untuk pulang ke UMP. 

Pada pandangan saya, berniaga merupakan satu pekerjaan yang memerlukan sifat tidak berputus asa dalam diri. Peniaga juga harus tahu cara-cara menarik perhatian pelanggan dengan berkomunikasi dengan betul dan perlu ramah melayan pelanggan. Walaupun dalam masa tiga jam lebih kami berada di pasar malam Peramu itu, saya pasti kami semua dapat menimba banyak ilmu dari setiap peniaga. Semoga ilmu ini dapat di manfaatkan tidak kira siapa pun kita pada masa akan datang.


Sekian.

Jom Fatin belanja satu gambar yang korang semua mesti teruja .

Surprised !!!
ada gaya tukang masak profesional tak ?

Credit to : Apprentice Fatin

0 comments:

Post a Comment