1000 SUNNY CONVENTION. APA KAITAN DENGAN
LDoubleUT?
Hello ladies and
gentleman sekalian.
semalam , aku saja
je borak dengan kawan-kawan aku , bermalas-malasan sekejap . yela selalu nak
menghadap buku pun tak boleh jugak kan. Kadang-kadang kita perlukan hiburan
juga. Lepas tu terkeluar satu conversation
antara aku dengan kawan aku ni.
Kawan aku : jom keluar malam ni ! lepak release tension
Aku : Aku ada conventionlah malam ni. Sorry girls
Kawan aku :
Aduhh apa plak convention kau , program insmartive ke??
Hahahahhahaha.
Bawak bertenang k adik-adik. Meh akak nak terangkan. Convention ni bukan lah
satu program IN-Smartive . Tapi dia
macam lebih kepada “perjumpaan” atau “meeting”
LDoubleUT gitu. Convention ni adalah salah satu inisiatif kami untuk
berkumpul bersama serta berdiskusi di samping menambah baik nilai diri untuk
kami bergerak selangkah maju ke hadapan. Convention ni sendiri merupakan medium
LdoubleUT untuk berkongsi ilmu dan belajar.
“Nak hebat
perlukan ilmu , nak dapatkan ilmu perlu meneroka” dia macam peribahasa “biar
belajar sampai ke negara china” Makin jauh kita belajar makin luar biasa
inputnya. Oleh sebab tu kami berjumpa serta berdiskusi dalam 1000 sunny
convention. Bukan pada setiap bulan tapi setiap minggu. Sebab kalau belajar
kena lah berterusankan? “jangan
bermimpi harta berjuta jika duduk masih berpaku.”
Pernah juga
dapat komen macam ni “ Tak rasa buang masa ke pergi then buat aktiviti sama-sama bersuka-ria? Aku memang bukan type tu
la kan. Aku lebih suka duduk bilik dan tidur la cite dia“
Eh hello!
*betulkan suara balik* Kami bukan jumpa saja-saja untuk bersuka-ria. Mohon
highlight! Kami bertemu mengeratkan ukhwah disamping berkongsi dan menerima
ilmu. Nak ilmu perlukan pengorbanan. Kalau hanya pandai cakap nak belajar tapi
inisiatifnya tiada takda gunanya juga betul? Kat bilik kau tidur kau ingat tu
tak buang masa????
Dari tidur pergi sana dapatlah jugak aku inputnya. Walau tak
banyak tapi kadang yang sikit-sikit tu
akhirnya akan menjadikan kau seseorang juga. Untuk gagal memang kita punya
banyak sebab bagi menyokong alasan kegagalan kita. Untuk berjaya itu adalah
matlamat , matlamat itu visi. Untuk mencapai visi gunakan setiap peluang yang
ada sebagai jambatan ke sana.
Dalam 1000 sunny
convention kami bukan hanya membincangkan tentang agenda LDoubleUT tapi
aktiviti yang kami lakukan banyak tertumpu pada IN-Smartive sebenarnya! (moduls,teka-teki,refreashment,games
serta komuniti) LDoubleUT sebagai pemula. LDoubleUT sebagai landasan untuk kami
meneroka ilmu Allah yang Maha Besar. Sangat besar dan kalau tak teroka sampai
bila-bila pun kita takkan tahu isinya. Tanpa ilmu macam mana kami nak membantu
IN-Smartive ye dok? IN-smartive memang hebat, tapi nak ke kita tengok IN-smartive
selama-selamanya di takuk yang sama? Kami bukan barisan kepimpinan. Dan kami
bukannya nak cari pengaruh tapi kami “leaders
without tittle”
Choii dah lari
topik ah! Ok sorry sorry. Meh berbalik pada tajuk utama tadi “CONVENTION” haaa
convention. Nampak gah kan nama tu? Bila sebut
cam feeling perjumpaan besar gitu.
Hahahaha. Apa salahnya daripada yang biasa kita ubah jadi luar biasa? Asyik
dengar orang cakap “nak gi meeting ah” tapi bila “nak g convention ah” dia rasa macam wow convention?
Apa tu? Haaaa tak ke macam rare. Luar biasa tu yang menjadikan kita diingati
dan dikenali sampai bila-bila.
Da penat
berceloteh apa kata belanja gambar pula. Okay jom tengok memori kami berconvention.
![]() |
Gambar 1: convention dulu.
12 orang tak masuk umi ,sharimie&Anis.
|
Sampai sini dulu perkongsian dari saya. Segala
yang baik datangnya dari Allah ta’ala dan yang kurang datangnya dari saya
sendiri. Sampai bertemu dan bersua kembali. Assalamualaikum~~
credit to : Shifu Azeemah
0 comments:
Post a Comment