Friday, 19 December 2014

Training of Trainer ( T.O.T ) -Apprentice-




Assalamualaikum semua..      

Holla !!
      

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tarikh 7/12/2014 (RABU) T.O.T telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 


Terima kasih untuk semua APPRENTICE yang dapat menghadirkan diri untuk T.O.T yang pertama ini walaupun masing-masing sibuk dengan test tetapi demi mencari secebis ilmu kami sanggup menghadirkan diri untuk T.O.T kali ini.

Bagi APPRENTICE yang tidak dapat menghadirkan diri jangan risau T.O.T yang kedua akan menyusul. T.O.T untuk kali ini berjaya mencapai sasaran lebih dari enam orang. 

Pada permulaan slot, kami diberikan tugasan yang memerlukan kami untuk menulis apa sahaja berkenaan diri sendiri di atas satu kertas dalam masa lima minit. Kemudian, kami perlu menceritakan kembali perihal diri masing-masing dalam masa satu minit.

Slot seterusnya di ambil alih oleh Abang Jamil. Dalam slot ini, kami diberi pendedahan  tentang realiti yang perlu dilihat untuk masa hadapan terhadap Kelab In-Smartive. Banyak perkara yang kami peroleh sepanjang slot T.O.T ini dijalankan. T.O.T ini dilaksanakan bertujuan untuk melatih diri kami semua agar dapat melaksanakan tugas dengan baik jika terlibat dengan projek-projek inisiatif-inisiatif Kelab In-Smartive. Kami juga ditekankan dengan refreshment yang sering digunakan dalam mengendalikan projek-projek yang selalu diterima. 

Sebelum bersurai, kami diberikan satu tugasan iaitu merancang satu program atau permainan untuk In-Smartive day di Pekan. Masing-masing menerima tugasan tersendiri dan perbincangan bermula dengan bimbingan Abang Jamil. 

Selain itu, kami juga diberi tugasan untuk mencari quote yang telah ditetapkan berserta gambar dan harus dimuatkan dalam facebook. Semoga T.O.T yang seterusnya mampu memperbaiki lagi kelemahan diri dan kami dapat sama-sama peroleh ilmu yang mampu membangunkan lagi Kelab In-Smartive pada masa akan datang. Ilmu tidak datang bergolek tetapi harus dicari meskipun hingga ke negeri China. 

Sekian.





Credit to: Apprentice fatin

Saturday, 6 December 2014

Kenangan Rehlah 3.1


Bismillahirrahmannirrahim . .

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana masih lagi sudi memberikan peluang kepada kita semua untuk bernafas dan menghirup udara yang segar yang free of charge (f.o.c) ni.

Ada yang rasa tak sabar ke nak tahu apa tujuan Farid menconteng di wall blog LdoubleUT ni ?
Kejap ! !

*tarik nafas, hembus* - 3 kali

Ok ! Jom sama-sama ikuti pengalaman Farid semasa rehlah 3.1 (sambungan cerita Kak Maisal)

Mula mula dengar pasal rehlah ni blur blur gak. Apa nak buat?dah la pagi pagi buta. Kat tepi pantai lak tu. Malam minggu lak. Menurut orang berpengalaman a.k.a shifu shifu rehlah ni best.(boleh kot jadi intro. Kihkihkih)


Dan memang best seronok semua ada sebab minggu tu memang minggu paling stress la gitu dengan video assignment, 4 malam berturut turut tidur pukul 4 5 pagi. Alhamdulillah dapat kurang sikit stress semua lepas rehlah.
Sebelum pergi tu mood tak berapa okay dengan badan tak berapa sihat + kes kereta sewa. Rasa macam tak nak pergi. Tapi hati kata pergi farid pergi. Haha *stay positive*

Bermula lah kisah malam rehlah 3.1 di Teluk Cempedak, starting dah peluh peluh dah main bola dengan abang jamil , azri, ejat, eddy, marzuk. Game bermula dengan game abang jamil. “semua kena tutup, nanti abang sentuh dua kali duduk depan”.

Semua tutup mata sambil dengar abang jamil lari, ada yang kata abang jamil marathon ke?haha. bila bukak mata je ada dua orang duduk kat depan. Suspens gila kot sebab tengok keliling macam semua ada je kat tempat masing masing.

Rupanya kak maisal dengan mukhris. Haha. Nampak lah wajah kegembiraan dorang di situ.
Perasaan kami ? ? ermm.. adalah terharu jugak sebab diorang sudi datang walaupun ada urusan lain keesokan paginya. Dan lagi satu, kak eddy pun berlari-lari pergi peluk kak Maisal . (terharu sangat kot) .. hhahaha

Harap masih tak terlambat nak wish lagi sekali. Happy birthday, sanah helwah, selamat hari ditubuhkan LDoubleUT yang ke setahun J.





Game yang sebenar bermula dengan sifu Azri dengan game orang buta. Time tu tragedi sikit. Jadi mangsa penderaan oleh ejat. Tak nak kantoi kan identiti sanggup diam je. (gurau je ejat)hehe. Faris mangsa baling pasir. Haha. 

Next game darling dan sayang yang di handle oleh sifu nash. Game  ni agak mencabar sebab kena buat darling senyum gelak dan seumpama dengannya. Rasanya paling win game ni kak maisal lah. Hahaha. Lepastu rehat sat 2.30 pagi makan kek tiramisu. Ni paling sadis buat fatin la. Habis muka bermakeup krim kek. haha. Game bersambung dengan sifu mukhris dan kak maisal yang bermain kad pecuri. Maaf pada yang kena denda. Hikhikhik.

Lepas tu game marzuk dan sifu eddy. Cinderella(betul kot eja dia) game main secara berpasangan. Sorang kena tutup mata sorang lagi bagi arahan dalam bi. Part paling lawak bila nak suruh tunduk ambik kasut, ada yang bagi arahan “under under under”.  Kihkih. Hujan pun turun dengan sopan lagi anggun tidak melulu lebat terus. Kami berpindah ke bawah khemah kat dataran. Game masih bersambung daripada sifu arifsharimie. Game teka meneka salah betul. Dan game last sekali dari sifu ejat. Kena mereka cipta puisi baq hang. ingat senang rupanya jadi pelik pelik. Tak cukup berpuisi aku ni. haah

Malam tu semua happy gila. Dan disaat dan waktu itu, terasa sebuah ukhwah yang erat sudah terjalin. Ecewah. Hehe. Habis game dalam pukul 5 gitu kitorang pun gerak ke masjid untuk solat subuh. Sementara nak tunggu azan, rasanya semua ternganga tidur dalam kereta(tak perasan sebab parking keret,a mati enjin terus tidur. Hehe).  Lepas subuh masuk kereta sambung tidur balik. Haha.  Memang penat gila.

Tapi yang paling penat rasanya Abang Jamil. Otw gerak nak ke rumah arif razak tak bangun bangun gak. Bangun jap masa berenti kat Black Stone Beach.
Ada bukti abang bangun. Hehe. 

Belanja gambar sikit .



Terima kasih kat arif razak dan family sebab masak lasak yang pergh memang sedap, pudding caramel siap bungkus bawak balik semua, dan karipap. Yum yum.
Semoga ukhwah yang terbina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin


“persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi..Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..tanpa persahabatan percintaan akan berakhir..tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal abadi”

Sekian. 


Credits to: Apprentice Farid


Monday, 1 December 2014

Holla ! Kami datang !! -REHLAH 3.1-



Bismillahirrahmanirrahim . .

Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah . .

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada maisal untuk menconteng di wall blog LdoubleUT ni .  Mohon BACA  sampai habis apa yang maisal nak cerita ni . ^_^

"Bila rehlah kita?"
"Hari sabtu ni, 29/11/14. malam kita gerak. Lepas tot transformasi ."
"eh ? sabtu ? sampai bila ?"
"hari ahad dalam kul 11 camtu la kita balik UMP."

Ni dialog maisal dengan azee, tiba-tiba rasa sedih . Kenapa ? Sebab maisal tak dapat join rehlah kali ni . sedih . sobs.sobs.sobss. .. *kesat air mata*

"Aku tak leh join"
"asal plak ?"
"aku ada tafsir An-Nur hari ahad pagi. kul 9 start."
"aduhh. kau ni ."

Ni pun dialog maisal dengan azee (femes kau azee, aku mention nama kau dalam cerita ni 2 kali)

Rehlah kali ni ramai sangat yang dapat join (dah campur dengan Apprentice kan sebab tu la ramai).
Waaa ! Jeles ! Nak ikut ! Nak ikut !

Tapi .. Apakan daya, maisal percaya pada Allah , dan maisal yakin. Apa yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Walaupun sedih tak dapat join, tapi dalam hati sentiasa berharap agar diri ini berpeluang untuk bersama-sama mereka yang lain. Mungkin perancangan Allah itu lebih baik untuk hambaNya ini. Aku redha dan aku berserah .

Waktu untuk mereka bertolak kian hampir, dalam group wassap mereka hebat berbincang nak gerak pukul berapa, kumpul pukul berapa .

Maisal ? ? hanya mampu membaca dan bagi respon . Good luck semua !

Siap tinggalkan kata-kata nasihat lagi dekat mereka semua . Sebab ? sebab sayang la . sebab apa lagi .
*pakai tudung*

ni dia kata-kata nasihat daripada seorang kakak (acah-acah tua)
" *ehem* .tiba2 rasa nma diseru .. aku perhati jer budk2 ni dri tdi . mls nk komen . tup tup kena seru plak . emmm ... dh2, jgn riak2 sgt   just peringatan, walaupun, aku thu korg semua pndai jga diri..mohon jaga ikhtilat antara laki n perempuan semasa rehlah. jaga diri masing2 .. jgn terlalu bergembira sgt taw..  . maaf skali lg tk dpt join, hati mmg teringin nk join tp Allah tak izinkan maisal pergi . mungkin ada hikmah .. *stay positif* ."


Oopps!! Lupa nak mention nama mukhris . hik . Kenapa mukhris ? sabar . . cerita tak habis lagi . baru nak start enjin ni .. ok ! relax semua . tarik nafas . hembus . tarik nafas . hembus . ok .dah ! jom sambung balik cerita. kat mana tadi ? lupa plak . .

Ok ! Dah ingat ! kenapa mukhris ? Mukhris pun tak dapat join jugak rehlah . Last minit inform .
Sebab ? Yang tu . nanti tanya mukhris sendiri ea . hihihihi . .

Ini dia cerita yang sebenar dah nak mula . . .

Malam sebelum mereka bergerak ke tempat rehlah, mereka semua berkumpul di  kafe PAP. (tempat biasa semua orang berkumpul, kalau nak pergi mana-mana) .hahahaha . .
Walaupun tak dapat pergi, tapi hati ni tergerak jugak nak pergi sana , jumpa dengan mereka sebelum mereka semua bergerak . Lagipun, dah kebetulan sehaluan nak pergi masjid. Singgah sekejap . Jumpa dengan mereka semua. Sembang-sembang. Mukhris pun ada dekat sana jugak .

Tibalah masa untuk mereka semua bertolak . .  (dalam hati nak ikut jugak !)
Bersalam-salaman dengan mereka semua . . (macam nak pergi lama, padahal sehari je)
Kemudian, mereka semua dah mula menaiki kereta masing-masing. Abang Jamil tengah syok lagi sembang dengan mukhris sambil berjalan menuju ke kereta. (sembang apa la dua orang ni berbisik bagai ).

Lepas tu, abang Jamil tanya

"Maisal, kenapa tak boleh pergi rehlah?"
"ada program tafsir an-nur ,abang"
"start pukul berapa ?"
"pukul 9 sampai 11 pagi"
"Yes !"

'lorh, kenapa pulak pak cik  abg ni ? suka aku tak dapat pergi ke?' (dalam hati)

"Ingat nak buat surprised dekat diorang, kita gi malam ni. pastu awal pagi esok kita balik UMP. Free tak malam ni?"
"Serius ? Ok ! Boleh ! Nak ikut ! Nak ikut !" *muka bercahaya*
"Ok! Nanti kejap lagi mukhris comfirmkan balik dengan mai."

Ini dialog maisal dengan mukhris. (Oh, ni rupanya plan abang dengan mukhris. Get it !)

Kemudian, pada pukul 10 malam bermulalah perjalanan kami penuh rahsia. (cewaaahhhh. macam cerita thriller plak ). Kami bertolak menuju ke Teluk Cempedak tanpa pengetahuan geng-geng LdoubleUT kecuali abang Jamil.

Ok! belanja gambar sikit !


Setelah berjam-jam tunggu, akhirnya mereka sampai juga di TC, lama betul budak-budak ni makan.
(saat ni kami nervous sangat, risau kantoi)


Abg Jamil la informer kami ! ^_^


 Kami rasa macam tak senang duduk dah saat ni, macam-macam idea kami fikir, macam mana nak bagi kejutan dekat mereka ni . Then, satu idea muncul dalam kepala otak geliga kami . . Apa tu ?
Jeng ..jeng . .jeng ..

tu dia. main pejam mata kau  ^^


Ha, ni lah saat yang paling sweet nya !  Bila mereka semua dah pejam mata, maisal dan mukhris pun berjalan perlahan-lahan dan duduk di hadapan mereka semua .(kami pun pejam mata jugak)

"Orang yang abang sentuh, sila pergi ke hadapan" - ayat abg Jamil

Siapa yang abang Jamil 'sentuh' tu ?

Ha, kami berdua la !!! ^^

Bila semua dah buka mata, apa lagi . . terpinga-pinga la mereka semua . Kenapa ?
Sebab pelik .. siapakah DUA ORANG yang berada di hadapan tu ?

hahahaha . .

Masing tertanya-tanya

"siapa tu?"
"Sweet couple mana tu ?"

SURPRISED !!!!!!! (jerit kami berdua)

Agak-agak apa reaksi mereka semua ? ?

Harusla terkejut ! hahaha

Oklah . ni jer contengan  coretan maisal yang ikhlas dari lubuk hati . Penat menulis , (cewaaahhh)
In sha Allah, jika diberikan peluang lagi . Maisal akan menconteng menulis lagi .

Sekian,

salam sayang dari maisal untuk semua Shifu & Apprentice LdoubleUT serta para pembaca setia blog kami .






























Monday, 24 November 2014

Prakarsa bersama marhaen






Assalamualaikum geng :)


Marzuk here! and I want to share some precious moment I had with #LDoubleUT <3

Pada tanggal  21 November 2014 bersamaan 28 Muharram 1435 saya bersama geng saya yang terchenta iaitu “ Leader Without tittle “ atau lebih dikenali sebagai #LDoubleUT mengadakan satu aktiviti yang sangat gempak! Ia dinamakan Khidmat Komuniti 1.1 (1.1 sebab ada batch sebelum kita dah pernah buat ) yang dijalankan di Tapak Pasar Malam (Peramu) dari jam 1500 hingga 1800.


Kami semua sampai di pasar tepat pukul 1315 then bergerak ke kedai runcit cik kiah untuk sedikit briefing dari shifu Arep dan pembahagian tugas or kedai or peniaga or what-so-ever laa. 

YOU KNOW WHAT ? I got kedai Ikan Masin !! ( Sebab pakai baju melayu kot, taknak baju rosak kot, tapi saya tak kisah pun sebenarnya)

Tapi okay la kan ikan masin ? tak kisah la kedai apa pun yang penting pengalaman. Because “Experience is the best teacher”

Then Shifu Arep bawa saya jumpa dengan brader Zam ( Pemilik kedai Ikan Masin Ohsemm ). First impression terhadap brader zam ni dia nampak macam orang yang banyak pengalaman so I decided to be parasite after him ( Parasite = gets benefits from other ). Apa ? Salah jadi parasite ? Kalau jadi paracite untuk benda baik boleh la, kita belajar.


For me it's always about first impressions. I trust my instincts. I love to prepare if it's something that requires training. But I don't like to prepare the psychology too much. I enjoy the psychology of the character but I work better from a first impression.

Brader zam ni sebenarnya baru-baru lagi dalam bidang berniaga ikan masin ni dari bulan mac 2014, sebelum ni dia kerja kilang, tapi sekarang dia dah “pro” dalam bab berniaga ni walaupun baru lagi (Fast learner).

Ingat senang jual ikan masin ? Let me tell you something, TEBUAN suka datang dekat ikan masin, kalau salah langkah kena sengat dengan tebuan la anda. Dia tunjuk kesan sengat tebuan ditangannya sambil sebut “Kalau kau tak kuat susah la”, Ya Allah, hebatnya ujian kau.

Customer untuk kedai kami tak ramai sangat sebab ikan masin bukan lauk utama macam ayam or ikan tapi bila ada customer nak beli mesti ada macam macam kerenah, ada yang nak tulang sahaja, nak kepala sahaja, nak ekor sahaja, nak yang basah sedikit, nak yang baru tangkap, yang sedap dijeruk dan banyak lagi, Brader Zam ajar saya untuk bagaimana untuk berinteraksi dengan customer yang licik ni.


Kebanyakkan ikan masin datang daripada Kuala Pahang, tapi sebab baru-baru ni hujan lebat dan banjir, jadi stok dia sekarang under kontrak sementara dari Kuantan.

Saya belajar cara bungkus keropok lekor, susun ikan masin ikut saiz dimana kita akan susun ikan masin ikut criteria tertentu seperti species dan banyak lagi, mula-mula blur juga dengan harga dia, sebab tak tetap, ada yang lebih ada yang kurang. Brader Zam jelas kalau beli ikut kilo dan beli ikut timbang harga lain tapi tak lari jauh perbezaan dia.

cuba teka siapa saya ?



Lepas habis semua, tepat pukul 1800 (Nak balik laju aje), shifu Arep datang untuk ambil balik saya (Macam budak taska, haha) then kami pergi ambil semua, saya sempat mengucapkan terima kasih serta salam Brader Zam dan berharap dapat jumpa dia lagi. 

Kami bergerak ke masjid untuk solat lepas tu ada sesi kongsi pengalaman antara geng #LDoubleUT sendiri dalam bulatan, kami gelak sama kekal sama.


Then apa lagi ? SESI BERGAMBAR LAAAAAA !!





last snap sebelum balik
Terima Kasih semua.
Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, 
dari pengalaman bercakap dan bersalaman

Sekian.
Sincerely,


credit to : Apprentice Marzuk

Saturday, 22 November 2014

Pengalaman Si Penjual Sayur Sementara





Jumaat 21November 2014, kami geng LDoubleUT telah mengadakan khidmat komuniti di Pasar Peramu, Pekan.Sekitar jam 3 petang kami bertolak ke sana. Setiap Apprentice akan dibahagikan kepada gerai-gerai tertentu. Ada gerai makanan, ikan, ayam, serta sayuran. Saya diletakkan di gerai sayur.


            Gerai sayur tersebut adalah milik pasangan suami isteri yang bernama Pak Cik Latif dan Mak Cik Salamah, berusia dalam lingkungan awal 60-an. Sempat saya tanyakan serba sedikit tentang mereka. Pak Cik Latif adalah seorang pesara. Ada juga saya tanyakan tentang anak meraka. Katanya tiada seorangpun yang berminat dalm bidang peniagaan sepertinya.


Perkara pertama yang saya buat bila tiba di gerai mereka adalah Mak Cik Salamah menjalankan peranannya dengan memperkenalkan pelbagai jenis sayur-sayuran kepada saya. Antaranya ialah kubis, sawi, kangkung, bendi, dan bermacam lagi jenis sayuran. Ada diantaranya sayur yang tidak pernah saya tahu.Contohnya, daun selasih. Sebelum ini juga saya tidak pernah tahu bahawa ada pelbagai jenis kubis yang di jual di kedai-kedai. Hari ini saya dapat bezakan antara kubis biasa dengan kubis manis. Kata Mak Cik Salamah, kubis manis biasanya digunakan sebagai ulaman untuk nasi ayam.


Saya bersama Mak Cik Salamah

            Kerja saya menjual sayur tidaklah sesibuk rakan lain. Yalah, setakat menjual sayur. Lagipun, awal-awal saya tiba, Mak Cik Salamah sudah memberitahu saya bahawa pendapatan berniaga sayur di situ tidaklah terlalu banyak. Sekadar untuk mencari rezeki. Katanya, tapak perniagaan mereka tidak begitu strategik. Risau andai saya lupa nama dan harga sayur-sayuran tersebut, saya mencatatkan harga sayuran tersebut.
Pak Cik Latif dan Mak Cik Salamah

Antara sayuran yang diberi kepada saya


            Sekitar jam 6 petang, kami mula meminta diri.Oleh kerana kami berniaga sayur, tiada apa yang menarik dapat mereka berikan untuk dibawa pulang.Tetapi, mereka tetap memberi saya beberapa jenis sayuran, iaitu mentimun, cili, dan limau kasturi. Walaupun tidak menarik seperti rakan Apprentice lain yang dibekalkan dengan makanan,saya tetap menerimanya dengan senang hati.


Terima kasih kalian.


Credit to : Apprentice Zana



KALI PERTAMA





Kali Pertama –by.me.eddy.akem-

“ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.. LAAA ILAAHA ILLAHHAAHU WALLAAAHU AKBAR. ALLAAHU AKBAR WALILLAAHIL HAMD. “

Sebak. Sayu. Sedih. Pertama kali raya takde ketupat dan ayam kicap. Pertama kali dengar takbir raya di perantauan. Pertama kali solat sunat Aidiladha di lapangan. !

“ Eh kejap. Tapi kenapa.? “

 Terpilih untuk menyertai Titik Sentuhan @yogyakarta 2.1 bukanlah sesuatu yang dijangka. Aku datang temuduga dulu sekadar untuk menimba pengalaman, dan akhirnya terpilih. Apalagi bila aku diletakkan sebagai AJK TAJAAN, yang bertanggungjawab mencari dan menguruskan tajaan kami untuk ke sana .Aku sangat takut dan hampir tarik diri. Masa tu rasa lonely sangat. Semua orang hebat-hebat ni. Legend-legend In-Smartive ni semua yang pergi. 

“ When you want to stop doing something, think, why you want to start it at the first place”

Alhamdulillah tetiba dapat berita pak cik ejat pergi jugak. *thanks  ejat  teman ^_^ walaupun ejat ni legend juga sebenarnya.Selepas persiapan mental dan fizikal dibuat, kami berlepas ke Yogyakarta pada 2 Oktober 2014 dengan penerbangan Air Asia *okay ni pun pertama kali naik kapal terbang. Hiks.

Sampai di Dusun Ngepring kami  diserah kepada keluarga angkat masing-masing. Aku sangat teruja nampak kambing dan kandang sapi belakang rumah keluarga angkat aku ni. Hari-hari aku bagi mereka makan.  Dan tiap pagi juga aku termenung depan kolah bilik air.

“Nak mandi ke tak nak ea.?”

Pernah rasa mandi ais.? Ha macam tu lah sejuknya air kat sini. Memang menggigil habis.

Subuh di sini awal. Lebih kurang pukul 4 dah subuh. Pukul  5 matahari dah mula naik. Sumber pendapatan utama penduduk adalah susu sapi, termasuk keluarga angkat aku. Alhamdulillah dapat juga aku merasa perah susu sapi dan minum susu sapi segar punya. Pengalaman pertama kali terbaik pernah aku rasa. *jangan cerita macam mana ‘excitednya’  aku masa perah susu sapi tu.hehe

“Kita tidak akan merasai nikmatnya kemewahan andai kita tidak merasa peritnya kesusahan”

Sekarang beralih pada makanan. Tauhu bacem dan nangka gudhek adalah makanan paling sedap. Serius sedap. Septi (kawan serumah dari UTY) beritahu nangka gudhek adalah            makanan-wajib-rasa di Yogya. Tak sah rasanya kalau tak rasa ‘gudhek’ ni bila dah sampai Yogya. Owh ye, ‘bacem’ bukan hanya untuk tauhu saja okay, malah daging korban yang kami dapat masa raya korban pun mbah masak bacem. (mbah = nenek)


Hari raya korban.Selama sedekad lebih yang lepas,hari raya korban dihabiskan dengan menonton tv sambil membuang masa sebelum balik kampung. Tahun ni adalah tahun paling bermakna sebab aku buat dari awal hingga akhir kerja-kerja penyembelihan haiwan korban.Kalau dikira, dari A-X aku buat. (sampai x je sebab sembelih dan pembahagian aku tak buat. Hehe).Petang tu tolong mbah bersihkan kandang sapi, dan masak daging korban. I masak guna dapur kayu okay. Lenguh mulut tiup api. Hehe.


Peserta Titik Sentuhan @Yogyakarta 2.1 UMP-UTY di pagi Hari Raya Aidiladha


Ops lupa nak cerita. Malam raya aidiladha tu, kami bertakbir keliling kampung sambil menjinjing tanglung. Takbir dialunkan agak berlainan dengan  Malaysia, yang mana takbir di Malaysia di alunkan dengan lebih mendayu-dayu. Seronok tengok anak-anak kecil dusun ngepring semangat bergendang dan bertakbir,seolah-olah saling berlumba siapa yang paling lantang suaranya. 




Bergambar semasa takbir keliling. Seperti ada ‘nur’ di wajahku gitu.

Ahad, 5 oktober 2014. Hari terakhir kami beraktiviti bersama mahasiswa Universitas Teknologi Yogyakarta dan penduduk Ngepring. Segala kerjasama dan penglibatan dari mereka amat kami hargai. Pembinaan Perpustakaan Budiman di Dusun Ngepring banyak dibantu oleh mereka. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka,kami buat sukaneka pada waktu petang. Lucu tengok mereka buat refreshment. Macam biasalah, masalah bahasa sentiasa menghantui kami. Walaumacam mana pun, aktiviti sukaneka ni memang seronok. Malam tu ada mini majlis perpisahan. Ada permainan ‘saya suka awak’ , persembahan, undian beberapa kategori peserta antaranya ‘peserta terbaik, peserta paling sporting’ dan sebagainya. ‘warkah buat teman’ paling sebak. Pelbagai harapan dan kata-kata semangat  diberi. Buat aku, kebanyakan teman-teman dari UTY mengharapkan agar aku meneruskan Bahasa Jawa ku.  Haa.. mesti ramai tak tahu kan.? I Speaking Jawa here. I introduce myself in Javanese to the villagers. But then, its sound funny. Need more practice I beat. 



Warkah buat teman =’(


Okay,, itulah dia pengalaman ‘kali pertama’ aku di bumi ngepring. Sebenarnya Titik Sentuhan @Yogyakarta 2.1 ni berlangsung selama 8 hari. Entri kali ni aku cerita tentang pengalaman di Dusun Ngepring je k.? kalau perasan ada banyak perkataan “pertama kali” kan?. Sebab tu headline nya ‘Kali Pertama’ hehehe. Jumpa di entri seterusnya gais.!
-byme.eddyakem-


credit to: Shifu Eddy


Peniaga Keropok dan Air Di Peramu




        Assalamualaikum . .

Ainin disini , Hai ! 

   Ainin nak cerita pengalaman khidmat komuniti pasar malam Peramu semalam. Pertama sekali,perasaan memang gembira sangat. Ni kali pertama Ainin berniaga,jadi gembira sangat. Mula-mula sampai pasar malam tu, agak nervous jugak. Perasaan takut , nervous,gembira semua ada. Mula-mula tak terfikir pun yang kena jual keropok dengan air ni sebab dalam fikiran cakap yang kena jual sayur. Tapi jual keropok ni sangat best! Mula-mula kena hantar kat gerai tu,segan jugak sebab tak biasa. Tuan gerai tu nama Kak Aisyah,dia tolong ayah dia sejak darjah tiga lagi. Kak Aisyah tu sangat baik dan sangat sporting. Sikap dan cara layanan dia kat Ainin macam kakak dengan adik. Walaupun Ainin takde akak , tapi saya boleh rasa yang dia macam akak Ainin sendiri. 

Belanja gambar sikit !



     Pukul 3 lebih masa kat gerai tu , orang takde lagi. Masa tu takde la sibuk sangat . Kak Aisyah ajar nak layan pelanggan,nak masukkan keropok,berapa keping seringgit,jadi masa tu sangat nervous. Lepas asar, pelanggan dah mula ramai. Masa tu tak lepas tangan layan pelanggan. Mula-mula tu kekok sangat. Tapi bila dah biasa rasa best sangat . Dalam pukul 5 ke atas,pelanggan ramai sangat,sampai tak sempat nak duduk.




  Pukul 6 tu shifu datang jemput nak balik, Kak Aisyah tak bagi balik sebenarnya, tapi terpaksa balik jugak. Jadi perasaan tersangat gembira,rasa nak berniaga lagi.


Credit to: Apprentice Ainin

APA ITU 1000 SUNNY CONVENTION ??




1000 SUNNY CONVENTION. APA KAITAN DENGAN LDoubleUT?


Hello ladies and gentleman sekalian.

semalam , aku saja je borak dengan kawan-kawan aku , bermalas-malasan sekejap . yela selalu nak menghadap buku pun tak boleh jugak kan. Kadang-kadang kita perlukan hiburan juga. Lepas tu terkeluar satu conversation antara aku dengan kawan aku ni.

Kawan aku :  jom keluar malam ni ! lepak release tension

Aku             :  Aku ada conventionlah malam ni. Sorry girls

Kawan aku : Aduhh apa plak convention kau , program insmartive ke??

Hahahahhahaha. Bawak bertenang k adik-adik. Meh akak nak terangkan. Convention ni bukan lah satu program IN-Smartive . Tapi dia macam lebih kepada “perjumpaan” atau “meeting”  LDoubleUT gitu. Convention ni adalah salah satu inisiatif kami untuk berkumpul bersama serta berdiskusi di samping menambah baik nilai diri untuk kami bergerak selangkah maju ke hadapan. Convention ni sendiri merupakan medium LdoubleUT untuk berkongsi ilmu dan belajar.

“Nak hebat perlukan ilmu , nak dapatkan ilmu perlu meneroka” dia macam peribahasa “biar belajar sampai ke negara china” Makin jauh kita belajar makin luar biasa inputnya. Oleh sebab tu kami berjumpa serta berdiskusi dalam 1000 sunny convention. Bukan pada setiap bulan tapi setiap minggu. Sebab kalau belajar kena lah berterusankan? “jangan bermimpi harta berjuta jika duduk masih berpaku.”

Pernah juga dapat komen macam ni “ Tak rasa buang masa ke pergi then buat aktiviti sama-sama bersuka-ria? Aku memang bukan type tu la kan. Aku lebih suka duduk bilik dan tidur la cite dia“ 

Eh hello! *betulkan suara balik* Kami bukan jumpa saja-saja untuk bersuka-ria. Mohon highlight! Kami bertemu mengeratkan ukhwah disamping berkongsi dan menerima ilmu. Nak ilmu perlukan pengorbanan. Kalau hanya pandai cakap nak belajar tapi inisiatifnya tiada takda gunanya juga betul? Kat bilik kau tidur kau ingat tu tak buang masa????

Dari tidur pergi sana dapatlah jugak aku inputnya. Walau tak banyak tapi  kadang yang sikit-sikit tu akhirnya akan menjadikan kau seseorang juga. Untuk gagal memang kita punya banyak sebab bagi menyokong alasan kegagalan kita. Untuk berjaya itu adalah matlamat , matlamat itu visi. Untuk mencapai visi gunakan setiap peluang yang ada sebagai jambatan ke sana.

Dalam 1000 sunny convention kami bukan hanya membincangkan tentang agenda LDoubleUT tapi aktiviti yang kami lakukan banyak tertumpu pada IN-Smartive sebenarnya! (moduls,teka-teki,refreashment,games serta komuniti) LDoubleUT sebagai pemula. LDoubleUT sebagai landasan untuk kami meneroka ilmu Allah yang Maha Besar. Sangat besar dan kalau tak teroka sampai bila-bila pun kita takkan tahu isinya. Tanpa ilmu macam mana kami nak membantu IN-Smartive ye dok? IN-smartive memang hebat, tapi nak ke kita tengok IN-smartive selama-selamanya di takuk yang sama? Kami bukan barisan kepimpinan. Dan kami bukannya nak cari pengaruh tapi kami “leaders without tittle”

Choii dah lari topik ah! Ok sorry sorry. Meh berbalik pada tajuk utama tadi “CONVENTION” haaa convention. Nampak gah kan nama tu? Bila sebut  cam feeling perjumpaan besar gitu. Hahahaha. Apa salahnya daripada yang biasa kita ubah jadi luar biasa? Asyik dengar orang cakap “nak gi meeting ah” tapi bila  “nak g convention ah” dia rasa macam wow convention? Apa tu? Haaaa tak ke macam rare. Luar biasa tu yang menjadikan kita diingati dan dikenali sampai bila-bila.



Da penat berceloteh apa kata belanja gambar pula. Okay jom tengok memori kami berconvention. 



Gambar 1: convention dulu. 12 orang tak masuk umi ,sharimie&Anis.

Gambar 2 : kalau dulu hanya 15 orang tapi kita da jadi 28! gembira dengan kehadiran adik-adik baru! muah ciked :P tapi ni antara yang hadir , yang tak hadir ada sebab-sebab tertentu takpe. kita maafkan.*buat muka penuh suci*



Sampai sini dulu perkongsian dari saya. Segala yang baik datangnya dari Allah ta’ala dan yang kurang datangnya dari saya sendiri. Sampai bertemu dan bersua kembali. Assalamualaikum~~


credit to : Shifu Azeemah

Jom serbu gerai Bihun Sup





Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Hari ini merupakan hari yang mencipta kenangan dan pengalaman yang baru untuk saya dan beberapa orang teman yang lain sepanjang menjadi pelajar Universiti Malaysia Pahang(UMP). Kami diberikan peluang untuk menjadi peniaga di pasar malam Peramu. Sewaktu kaki melangkah masuk ke kawasan pasar malam Peramu, suasana masih kurang sibuk kerana para peniaga masih bersiap sedia untuk memulakan perniagaan. Shifu-shifu memulakan tugas mereka dengan menghantar kami ke gerai yang telah ditetapkan. 

meh beli meh . jangan tengok saja . .


Gerai mihun sup dan nasi goreng menjadi pilihan shifu untuk saya. Perasaan sewaktu tiba di gerai tersebut semestinya gementar tambahan hanya dua orang lelaki sahaja yang berada di gerai tersebut dan mereka kelihatan seperti seorang yang serius. Saya agak malu untuk berniaga dengan mereka tetapi demi menyahut cabaran dan inginkan pengalaman saya teruskan niat. 

Pertama sekali, ketika berada di gerai tersebut tanggapan pertama saya tentang abang-abang tersebut tersasar jauh. Rupa-rupanya mereka sangat peramah dan lawak menyebabkan saya tidak susah untuk menyesuaikan diri dengan suasana di situ. Walaupun agak kekok ketika saya bekerja mereka tidak lokek membantu dan mengajar cara-cara berniaga dengan betul. Bila hari mengenjak ke lewat petang, suasana yang tidak sibuk bertukar rentak. Orang mula membanjiri kawasan pasar malam Peramu. Saya mula sibuk melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai itu. 

opss ! nak beli apa kak ?


Perasaan puas dapat saya rasa kerana saya berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun mungkin banyak cacat celanya. Shifu-shifu kembali ke setiap gerai untuk mengambil kami dan tibalah masanya untuk pulang ke UMP. 

Pada pandangan saya, berniaga merupakan satu pekerjaan yang memerlukan sifat tidak berputus asa dalam diri. Peniaga juga harus tahu cara-cara menarik perhatian pelanggan dengan berkomunikasi dengan betul dan perlu ramah melayan pelanggan. Walaupun dalam masa tiga jam lebih kami berada di pasar malam Peramu itu, saya pasti kami semua dapat menimba banyak ilmu dari setiap peniaga. Semoga ilmu ini dapat di manfaatkan tidak kira siapa pun kita pada masa akan datang.


Sekian.

Jom Fatin belanja satu gambar yang korang semua mesti teruja .

Surprised !!!
ada gaya tukang masak profesional tak ?

Credit to : Apprentice Fatin

SEPETANG DI PASAR PERAMU




Jumaat, 21/11/2014

Assalamualaikum..pengalaman terbaru iaitu berniaga di pasar Peramu iaitu salah satu program LDoubleUT , khidmat komuniti 1.1. Sebelum ini saya memang tiada pengalaman langsung berniaga ataupun menolong orang berniaga. Tapi kali ini saya diberi peluang untuk menolong peniaga-peniaga yang menjual di pasar Peramu. Pada awalnya gerai-gerai belum banyak yang buka dan kami terpaksa menunggu sebentar sementara peniaga-peniaga sibuk menyusun barang-barang jualan mereka dan ada juga yang baru hendak menaikkan khemah gerai.


Saya dan beberapa ahli baru LDoubleUT tertanya-tanya di manakah gerai yang  kami akan ditempatkan. Ada beberapa gerai yang dipilih iaitu gerai menjual air, makanan, sayur, ikan, ayam dan ikan masin. Saya telah diminta untuk berkhidmat di gerai makanan iaitu gerai menjual laksa Pahang, laksam dan juga bubur lambuk. Kesemua makanan ini nampak sedap-sedap belaka. Masa mula-mula saya masuk gerai itu ada dua orang makcik sedang menunggu dan menyambut salam saya dengan senyuman manis. Saya begitu terharu dengan sambutan yang diberi.

Saya bersuai kenal dahulu bersama makcik-makcik itu dan bertanyakan nama dan tempat tinggal mereka berdua. Pemilik gerai bernama mak cik Ton dan pembantunya ialah mak cik Ani. Apa yang saya lihat mak cik Ton seorang yang peramah manakala mak cik Ani seorang yang pemalu pada awalnya tapi pertengahannya mak cik Ani sudah mula hendak bercakap dan bergurau dengan saya. Mereka adalah kawan rapat yang sama-sama meniaga. Mereka sudah lama berniaga di pasar Peramu itu dan mereka juga ada menjual di pasar Kuala Pahang. Selesai sahaja sesi suai kenal saya segera membantu mak cik Ani yang kebetulan pada waktu itu sedang mengisi bubur lambuk ke dalam mangkuk plastik.

opss! yang ni candid ok, bukan acah-acah rajin


Keistimewaan bubur lambuk ini ialah resepinya turun temurun dari keluarga mak cik Ani sendiri. Sepanjang berada di gerai itu, saya sempat bertanya kepada mak cik Ani dan mak cik Ton mengenai keluarga mereka. Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Mak cik Ton berumur 49 tahun dan suaminya sudah pencen dan sekarang penjadi petani sahaja begitu juga dengan mak cik Ani. Mereka tinggal berhampiran dengan kampus Pekan. Ada juga diantara rakan mak cik Ton yang mengenalinya bertanyakan tentang saya dan mak cik Ton hanya memberitahu bahawa saya ini anak angkat dia yang baru dan hendak menolongnya di gerai.


Sepanjang di gerai itu mak cik Ton lebih banyak bercakap berbanding mak cik Ani. Mak cik Ton banyak bercerita mengenai keluarganya. Dia ada 6 orang anak dan kesemua anaknya adalah lelaki. Anaknya yang pertama berumur 29 tahun tapi yang menyedihkan dia dari golongan OKU dan yang paling bongsu berumur 7 tahun. Bagi saya kisah hidupnya di sini agak susah berbanding saya yang hidup di bandar. Di hadapan rumahnya ada gerai kecil dan setiap pagi dia akan menjual nasi lemak manakala sebelah petangnya dia akan berniaga di pasar Peramu. Yang agak menyentuh hati saya ialah salah seorang dari anaknya yang masih belajar terpaksa berpuasa untuk beberapa hari kerana tidak mampu untuk membeli makanan dan duit yang dia dapat hanya untuk membeli buku dan barang keperluan lain sahaja.

Mendengar cerita mak cik Ton saya berasa sayu dan serta merta saya teringat mak ayah saya di Johor dan betapa besarnya pengorbanan mereka untuk saya sepanjang besarkan saya. Saya bersyukur bahawa hidup saya agak sederhana tidaklah terlalu kaya dan tidaklah terlalu susah.  Gerai mak cik Ton boleh tahan laku jugak disebabkan ramai orang datang untuk membeli laksa Pahang, laksam dan bubur lambuk. Harga laksa dikira mengikut saiz bungkusan plastik. Yang paling kecil berharga RM3 manakala yang paling besar berharga RM10. Bagi semangkuk bubur harganya cuma RM2 sahaja dan sebungkus laksam hanya RM2.50. Apa yang saya lihat mak cik Ton seorang yang suka bersedekah kerana setiap bungkusan makanan yang dibungkus pasti diisi dengan penuh. Dia juga ada cakap pada saya jangan kedekut dan sentiasalah bersedekah supaya kita dimurahkan rezeki.

nampak tak aura usahawan kat situ ?


Hampir pukul 5.30 petang orang ramai sudah mula ramai dan saya sangat seronok sebab dapat menolong mak cik Ton menjual banyak bungkusan dalam waktu yang singkat. Pada waktu ini anak mak cik Ton yang sedang belajar di giat mara datang menolong ibunya di gerai. Anaknya sungguh cekap membuat kerja mungkin sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian. Di sini juga saya dapat belajar loghat baru di mana ada seorang pelanggan yang bertanya harga sebungkus laksam tapi dia menyebut laksam dengan ‘laksang’. Mula-mula saya pun pelik sebab tidak pernah dengar sebelum ini tapi selepas beberapa pelanggan yang lain datang untuk membeli dan menyebut perkataan yang sama baru saya tahu.


Tepat pukul 6 petang saya telah diminta untuk berhenti menjual dan dalam masa yang sama saya sangat seronok kerana dapat pengalaman yang baru tapi agak sedih sebab dapat menolong mak cik Ton hanya sekejap sahaja. Mak cik Ton juga agak keberatan untuk membenarkan saya balik sebab katanya saya seorang pekerja yang bagus. Rasa bangga sekejap. Sebelum saya balik,  mak cik Ton sempat membungkuskan sedikit makanan untuk dibawa pulang dan saya juga segera meminta nombor telefon dia sebab saya sudah anggap dia seperti ibu saya dan katanya kalau ada apa-apa janganlah segan untuk menelefonnya. Dia juga sempat mengajak saya dan rakan-rakan yang lain untuk datang ke rumahnya kalau ada masa.
muka bahagia dapat bergambar . kihkih



 Selesai bersalaman dengan mak cik Ton dan mak cik Ani, saya terus bersiap-siap untuk pulang ke UMP semula.


Pengalaman hari ini sungguh bermakna dan akan saya ingat sampai bila-bila. Paling penting harapan saya agar hidup mak cik Ton dan mak cik Ani sentiasa diberkati. In sya Allah..

last snap  sebelum berpisah ^_^

Credit to: Apprentice Hanim