Assalamualaikum semua..
Holla !!
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tarikh 7/12/2014 (RABU) T.O.T telah
berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih untuk semua APPRENTICE yang
dapat menghadirkan diri untuk T.O.T yang pertama ini walaupun masing-masing sibuk
dengan test tetapi demi mencari secebis ilmu kami sanggup menghadirkan diri
untuk T.O.T kali ini.
Bagi APPRENTICE yang tidak dapat menghadirkan diri jangan
risau T.O.T yang kedua akan menyusul. T.O.T untuk kali ini berjaya mencapai
sasaran lebih dari enam orang.
Pada permulaan slot, kami diberikan tugasan yang
memerlukan kami untuk menulis apa sahaja berkenaan diri sendiri di atas satu
kertas dalam masa lima minit. Kemudian, kami perlu menceritakan kembali perihal
diri masing-masing dalam masa satu minit.
Slot seterusnya di ambil alih oleh
Abang Jamil. Dalam slot ini, kami diberi pendedahan tentang realiti yang perlu dilihat untuk masa
hadapan terhadap Kelab In-Smartive. Banyak perkara yang kami peroleh sepanjang
slot T.O.T ini dijalankan. T.O.T ini dilaksanakan bertujuan untuk melatih diri kami semua
agar dapat melaksanakan tugas dengan baik jika terlibat dengan projek-projek inisiatif-inisiatif Kelab In-Smartive. Kami juga ditekankan dengan refreshment yang sering
digunakan dalam mengendalikan projek-projek yang selalu diterima.
Sebelum
bersurai, kami diberikan satu tugasan iaitu merancang satu program atau
permainan untuk In-Smartive day di Pekan. Masing-masing menerima tugasan
tersendiri dan perbincangan bermula dengan bimbingan Abang Jamil.
Selain itu,
kami juga diberi tugasan untuk mencari quote yang telah ditetapkan
berserta gambar dan harus dimuatkan dalam facebook. Semoga T.O.T yang
seterusnya mampu memperbaiki lagi kelemahan diri dan kami dapat sama-sama
peroleh ilmu yang mampu membangunkan lagi Kelab In-Smartive pada masa akan
datang. Ilmu tidak datang bergolek tetapi harus dicari meskipun hingga ke
negeri China.
Sekian.
Credit to: Apprentice fatin
0 comments:
Post a Comment