Bismillahirrahmannirrahim . .
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana masih lagi sudi memberikan peluang kepada kita semua untuk bernafas dan menghirup udara yang segar yang free of charge (f.o.c) ni.
Ada yang rasa tak sabar ke nak tahu apa tujuan Farid menconteng di wall blog LdoubleUT ni ?
Kejap ! !
*tarik nafas, hembus* - 3 kali
Ok ! Jom sama-sama ikuti pengalaman Farid semasa rehlah 3.1 (sambungan cerita Kak Maisal)
Mula mula dengar pasal rehlah ni blur blur gak. Apa
nak buat?dah la pagi pagi buta. Kat tepi pantai lak tu. Malam minggu lak.
Menurut orang berpengalaman a.k.a shifu shifu rehlah ni best.(boleh kot jadi intro.
Kihkihkih)
Dan memang best seronok semua ada sebab minggu tu
memang minggu paling stress la gitu dengan video assignment, 4 malam berturut
turut tidur pukul 4 5 pagi. Alhamdulillah dapat kurang sikit stress semua lepas
rehlah.
Sebelum pergi tu mood tak berapa okay dengan badan
tak berapa sihat + kes kereta sewa. Rasa macam tak nak pergi. Tapi hati kata
pergi farid pergi. Haha *stay positive*
Bermula lah kisah malam rehlah 3.1 di Teluk
Cempedak, starting dah peluh peluh dah main bola dengan abang jamil , azri,
ejat, eddy, marzuk. Game bermula dengan game abang jamil. “semua kena tutup,
nanti abang sentuh dua kali duduk depan”.
Semua tutup mata sambil dengar abang
jamil lari, ada yang kata abang jamil marathon ke?haha. bila bukak mata je ada
dua orang duduk kat depan. Suspens gila kot sebab tengok keliling macam semua
ada je kat tempat masing masing.
Rupanya kak maisal dengan mukhris. Haha.
Nampak lah wajah kegembiraan dorang di situ.
Perasaan kami ? ? ermm.. adalah terharu jugak sebab diorang sudi datang walaupun ada urusan lain keesokan paginya. Dan lagi satu, kak eddy pun berlari-lari pergi peluk kak Maisal . (terharu sangat kot) .. hhahaha
Harap masih tak terlambat nak wish lagi sekali. Happy
birthday, sanah helwah, selamat hari ditubuhkan LDoubleUT yang ke setahun J.
Game yang sebenar bermula dengan sifu Azri dengan
game orang buta. Time tu tragedi sikit. Jadi mangsa penderaan oleh ejat. Tak
nak kantoi kan identiti sanggup diam je. (gurau je ejat)hehe. Faris mangsa
baling pasir. Haha.
Next game darling dan sayang yang di handle oleh sifu nash.
Game ni agak mencabar sebab kena buat
darling senyum gelak dan seumpama dengannya. Rasanya paling win game ni kak
maisal lah. Hahaha. Lepastu rehat sat 2.30 pagi makan kek tiramisu. Ni paling
sadis buat fatin la. Habis muka bermakeup krim kek. haha. Game bersambung
dengan sifu mukhris dan kak maisal yang bermain kad pecuri. Maaf pada yang kena
denda. Hikhikhik.
Lepas tu game marzuk dan sifu eddy. Cinderella(betul
kot eja dia) game main secara berpasangan. Sorang kena tutup mata sorang lagi
bagi arahan dalam bi. Part paling lawak bila nak suruh tunduk ambik kasut, ada
yang bagi arahan “under under under”. Kihkih. Hujan pun turun dengan sopan lagi
anggun tidak melulu lebat terus. Kami berpindah ke bawah khemah kat dataran.
Game masih bersambung daripada sifu arifsharimie. Game teka meneka salah betul.
Dan game last sekali dari sifu ejat. Kena mereka cipta puisi baq hang. ingat
senang rupanya jadi pelik pelik. Tak cukup berpuisi aku ni. haah
Malam tu semua happy gila. Dan disaat dan
waktu itu, terasa sebuah ukhwah yang erat sudah terjalin. Ecewah. Hehe. Habis
game dalam pukul 5 gitu kitorang pun gerak ke masjid untuk solat subuh.
Sementara nak tunggu azan, rasanya semua ternganga tidur dalam kereta(tak
perasan sebab parking keret,a mati enjin terus tidur. Hehe). Lepas subuh masuk kereta sambung tidur balik.
Haha. Memang penat gila.
Tapi yang paling penat rasanya Abang Jamil. Otw
gerak nak ke rumah arif razak tak bangun bangun gak. Bangun jap masa berenti
kat Black Stone Beach.
Ada bukti abang bangun. Hehe.
Belanja gambar sikit .
Semoga ukhwah yang terbina berkekalan sehingga ke
akhir hayat. Amin
“persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan
yang abadi..Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada
percintaan..tanpa persahabatan percintaan akan berakhir..tetapi tanpa
percintaan, persahabatan boleh kekal abadi”
Sekian.
Credits to: Apprentice Farid
0 comments:
Post a Comment