Wednesday, 16 October 2013

P1:MAHASISWA SI PENJUAL IKAN



            Sebut je pasal ikan, mesti kita semua akan terbayang tentang sifat–sifat ikan seperti hanyir, geli, dan macam- macam lah. Tapi, tahukah kita sebenarnya ikan merupakan salah satu sumber protein yang sering menjadi pilihan orang ramai dan setiap ikan mempunyai gred2 yang tertentu. Tapi pada hari ni, Syarif bukannya nak menceritakan pasal gred ikan ke, jenis- jenis ikan ke, khasiat yang terdapat pada ikan ke, tapi Syarif nak ceritakan tentang pengalaman Syarif yang menjadi penjual ikan selama beberapa jam.

            Pada hari khamis yang lalu, 10 Oktober 2013,Syarif bersama ahli kumpulan LdoubleUT telah dihantar ke pasar malam di bandar Pekan dan tanpa diketahui syarif telah dihanter ke sebuah gerai yang menjual ikan. Secara jujurnya, syarif pada dulunya pernah hidup sebagai anak si penjual pasar malam, bermacam2 dugaan yang ditempuh dan syarif berasa bangga kerana dapat kembali merasa keadaan di pasar malam pada usia sebegini walaupun hanya seketika. Tetapi, menjual ikan adalah pengalaman pertama yang dilalui oleh syarif dan pengalaman ini akan menjadi antara pengalaman paling terindah buat syarif.
            Setelah sampai disana, seorang mak cik telah menunggu syarif dan jelas dimukanya menunjukkan dia menanti-nantikan kedatangan syarif. Nama mak cik itu ialah Aisah binti Abd Talib, mak cik Aisah adalah pemilik gerai ikan tersebut dan dia sering menjaga gerainya pada setiap hari bersama suaminya, tetapi semasa syarif sampai, suaminya sedang nyenyak tidur didalam kereta, mungkin terlalu penat.







           
Mak cik Aisah telah mengajar syarif bagaimana nak layan pelanggan dan mengajar tentang cara-cara mengira menggunakan mesin timbang&kira di gerainya. Pada sangkaan awal, syarif menyangka bahawa tidak ramai yang akan membeli ikan, kerana itu adalah pasar malam dan bukannya pasar pagi, tetapi syarif silap kerana gerai kami agak sibuk sehingga pada satu masa terdapat beberapa orang pelanggan menunggu-nunggu untuk membeli ikan. Pada ketika itu, kami sangat sibuk dan apa yang terbayang diakal syarif adalah, macam mana mak cik Aisah mengatasi situasi macam ni semasa dia keseorangan digerai. Bukan senang nak layan kerenah pelanggan yang bermacam-macam jenis, ada yang cerewek dan ada yang banyak tanya.
            Semasa menjual ikan, terdapat beberapa mak cik yang kelihatan pelik apabila melihat syarif, mungkin kerana tidak pernah yang melihat syarif menjaga gerai ikan mak cik Aisah kot. “Ni anak mak cik Aisah ke?”, “Mak cik Aisah, ni anak yang ke berapa?”, “Ni siapa? Tak pernah nampak pon”, inilah dialog yang sering dikeluarkan oleh beberapa orang mak cik dan mak cik Aisah menjawab syarif sebagai anak angkat. Yang paling menarik, ada makcik yang menyangka syarif adalah pelajar dari Sabah, dan yang paling dasyat, ada yang menyangka syarif dari negara seberang. Mak aih!! Terengganu la mak cik. Disini jelas kelihatan mak cik Aisah mempunyai ramai pelanggan tetap sehingga merasa pelik dengan kehadiran syarif.
Waktu sudah menjelang malam dan pelanggan semakin berkurangan, pada waktu itu, syarif dan mak cik duduk dibangku gerai itu dan berborak. Mak cik Aisah menceritakan tentang perangai-perangai anaknya dan syarif boleh mengkategorikan mak cik Aisah sebagai ibu yang Berjaya kerana ramai anaknya dapat kealam universiti dan tinggal tiga orang lagi yang masih belum tamat dialam persekolahan. Ketika waktu cuti, anaknya sering menolongnya digerai.
Mak cik Aisah juga menceritakan tentang hari-harinya sebagai seorang peniaga ikan, mak cik Aisah sering tiada dirumah kerana sibuk dengan menjual ikan. Bagi syarif beberapa jam menjual ikan sudah cukup untuk menguji syarif, kerana menjual ikan bukannya satu kerja yang mudah dan agak mencabar apatah lagi pada musim tengkujuh. Pada masa itu, syarif terfikir, didalam kesenangan syarif memakan ikan tiga rasa, ikan bakar dan macam-macam lah, rupanya terdapat banyak pengorbanan disebalik itu. Demi mencari rezeki yang halal, itulah yang terbaik untuk mak cik Aisah.
Jam menunjukkan pukul 7.55malam dan abang Amanl dan ahli  LWT yang lain telah datang ke gerai kami untuk mengambil syarif. Dengan berat hati syarif pergi meniggalkan gerai mak cik Aisah dan sedikit rasa bersalah kerana tidak sempat menolong mak cik Aisah dan suaminya mengemaskan gerai.
Kesimpulannya, secara jujurnya, syarif sangat bersyukur kerana terpilih sebalah ahli LdoubleUT dan tanpa dengan kumpulan ini, mungkin syarif tidak merasa pengalaman seperti ini. Apa-apa pun, pengalaman menjual ikan boleh dijadikan kenangan buat syarif dan syarif akhiri artikel ini denga laungan ini, "Ikan3!!!, ikan kak, ikan kembung ada, selor ada, selayang ade... mari3, ikan segor nih.."  hehe.. bye, Assalamualaikum.

<3 ALLAH

<3 LdoubleUT

Saturday, 12 October 2013

P1: KEDAI KEK DAN ROTI MAK CIK TI (RAHIMAH~CRP)

Assalamualaikum....syukur kehadrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan utk tulis pengalaman pertama selepas terpilih utk join LdoubleUT ..."Manusia merancang,Allah juga merancang.tp sebaik baik perancang adalah Allah"...sangat suka ayat ini saya gunakan acapkali saya menulis mahupun ketika saya berbicara dgn sahabat2 yg lain. Sebelum ni,tidak pernah terlintas dibenak fikiran saya bahawa satu hari nati saya akan berniaga dipasar malam. Sebelum ni,saya hanya pergi beli. Pernah jugak terfikir,apa perasaan mak cik2,pak cik2,akak2,abang2 yg berniaga dekat pasar malam ni,seronok x?Then,bila saya dah experience sendiri, Ya Allah .mcm ni rupanya.Seronok sangat.

Ok.Bagaimana saya boleh terjebak ke pasar malam ni?Untuk pengetahuan semua, inilah first task yg diberi oleh abg Aman Aiman utk saya dan rakan2  LdoubleUT yg lain.Perasaan mula2 selepasa diberi tugas pertama ni macam ."saya mampu buat ke bnda ni?" . "pasar malam?.kena face dgn ramai org?" , "macam mana nak create environment yg tidak awakward bila berhadapann dgn pembeli?" . "macam mana nk jadi a good promoter?" .banyak persoalan sebenanya, but i trust Allah.The believers should know it for fact that Allah swt never puts any burden on a soul that is beyond its ability to bear.^^ kan~

Masa makan tengahhari tu ada tanya Maisal(rakan sekelas a.k.a ahli LdoubleUT) sbb dia pernah ada experience jadi promoter.Oops! Mai terbocor rahsia kau lak.hehe.. Maisal pernah jadi promoter dekat mall, sbb tu saya tanya Maisal .Almaklumlah saya xpernah ada pengalaman.Sekurang-kurangnya kita belajar dari pengalaman org lain.In shaa Allah.Dari UMP pekan, saya dan rakan2 yang lain bertolak kira2 jam 6 petang

Setibanya di pasar malam yang terletak di pekan a.k.a yg terletak berhampiran UMP@city,perasaan teruja dan berdebar sebab diberi amanah utk buat kerja2 amal ni. Even orang ckp "pasar malam jaa pon" tp as for me rasa takut tu ada jgk sebab ini satu amanah.Turun saja dari keta ,arif (ahli LdoubleUT)  ajak melawat rakan2 yang lain dulu berniaga.Selepas tgok rakan2 yang lain macam enjoy ja "berniaga" then mula rasa, "ok i can do this ". Lepas tu Abg Aman Aiman letakkan saya di kedai yang menjual kek,roti,roti sosej,doughnut (kalah dunkin's doughnut sedapnya kan abg Aman).hehe

Sampai saja saya di gerai tersebut,saya disambut dengan mesra sekali dengan mak cik dan pak cik empunya gerai. Perasaan seronok sangat.Pak Cik tu saya sampai2 terus belikan air utk saya.Awal2 lagi dah terharu cara layanan pak cik dgn mak cik.Saya hanya hanya tahu nama mak cik .Dia ckp sruh panggil dia  Mak cik Ti (nama sebenar katijah).Xsmpat nk berkenalan dgn pak cik empunya gerai lebih lama,sbb dia ada hal yg  xboleh dielakkan. Kiranya saya dengan mak cik yang menjaga gerai hari tu.

Walauun dalam  masa yang singkat bertemu Mak cik Ti,namun Mak cik Ti sempat berkongsi sedikit pengalaman ketika dia bekerja dalam bidang perniagaan.Mak cik Ti sangat tekun orangnya ketika bekerja. Kalau boleh setiap perkara yang dia buat,dia nak benda tu perfect.Dia nakkan kepuasan ketika bekerja.Dia tidak suka lihat orang curi tulang ketika bekerja.Seronok dapat tahu serba sedikit tentang Mak cik Ti.Mak cik Ti jgak seorang yang kreatif.Dia pndai melukis batik dan pernah menerima anugerah. Hebat kan! Teruja dengar cerita Mak cik Ti.Mak cik Ti juga ada buka kedai kek dan roti yang terletak di Pekan.Siap ada kad lagi Mak cik Ti bagi. In shaa Allah kalau ada masa lapang dan terluang bolehla nak berkunjung ke kedai kek dan roti mak cik Ti.

Tugas saya hanya menjaga kedai.Kalau ada pelanggan, cuma isikan makanan apa yang pelanggan nak beli, pada masa yang sama jadi cashier.Kalau ada pelanggan yang datang, Mak cik Ti akan cakap "ni anak baru" . (sambil tersenyum Mak cik Ti) .Rasa seronok dengan layanan Mak cik Ti,baik sangat. Bila masuk waktu maghrib, saya jaga kedai,then mak cik Ti solat dulu.Waktu tu rasa mcm bertanggugjawab sikit.Sebab terpaksa jaga gerai sorang2 lagi pulak gerai org. Sebelum tu Mak cik Ti dah beritahu siap2 harga setiap makanan yang ada. Nanti2 kalau ada pelanggan nak kira macam mana kalau xtahu harga~ kan~.Tapi Alhamdulillah berjaya jugak handle gerai sorang2. First experience yg sgt ohsem! Thanks LdoubleUT.  





Bila mak cik selesai solat maghrib,saya dan azie (rakan UMP)  pergi menunaikan solat.Alhamdulillah selesai solat,terus berjumpa dengan mak cik Ti.Kebetulan masa tu Pak cik pon ada.Baru habis mesyuarat.Saya meminta izin untuk pulang dahulu kerana kami diberi tugas utk menjaga sehingga pukul 8 malam sahaja.Kebetulan mak cik dan pak cik dapat berita ada saudara dia sakit.Jadi dia nak tutup gerai awal haritu.Setelah bersalaman,saya bersama rakan2 yang lain berkumpul dia A&W utk sesi post mortem.

Tujuan post mortem adalah utuk membincangkan experience setiap ahli LdoubleUT dan cara utk memperbaiki kualiti setiap ahli LdoubleUT.Lastly,abg Aman Aiman explain next program utk ahli LdoubleUT dan abg Aman beritahu cara utk kami improve to be a good" leader without tittle". In shaa Allah,muadah mudahan Allah bantu utk setiap niat murni kami semua ahli LdoubleUT. ^^






P1: SAYUR-SAYUR!! MAI BELI SAYUR,TAK BELI RUGI :D (AZEE)


:D mulakan hari-hari indah anda dengan senyuman.
Okey guys, first sekali ape kata kita mulakan wadah kita dengan seranggap pantun..cewahhh!

Indah berbalam si awan petang,
Beranak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Actually pada 10/10/2013 yang lalu azie ngn beberapa team"LdoubleUT" telah ke pasar berhadapan dengan ump@city untuk program yang dipanggil khidmat kominiti gitu. So berkaryaanya azie disini adalah untuk menceritakan kepada adikadik tentang pengalaman kakak2 yang berniaga buat pertama kalinya. Okay sejujurnya memang saya tak ada langsung pengalaman berniaga. Tapi masa aze kat sekolah dulu adalah jugak aze meniaga okay. Cumanya meniaga masa hari usahawan je la.. hehe :D
Tapi sedikit sebanyak azee gunakan pengalaman meniaga tu untuk diterapkan sepanjang azee meniaga kat pasar tu.

Senanya aze lambat beberapa jam dari kawan2 yang lain. So sad you olls. tp its okay la sbb aze tetap enjoy meniaga. Okay first sekali masa sampai kat pasar tu jumpa umie okey. Wuu semangat gitu tgk umie niaga. Umie niaga keropokk lekor.. so yummy! N jalan lagi kedepan we olss jumpa dengan nash. Nash tny sape nk niaga sayur kat sebelah gerai dia. So aze pun dengan penuh semangat meng-offer kan diri.. hehhe :D berdebar iolls you!

            ya its me with kak nawiah. we are so comel i think! muahaha. okey perasan jap :)

Kami so sweet beramah mesra bersama-sama. tanya berkenaan diri masing-masing. Rupanya kak Nawiah ada 6 orang anak.. Aze pun terfikir macamna kak Nawiah bekerja siang dan malam demi membesar anak-anak yang semuanya masih bersekolah. seperti yang kita tahu kos bersekolah anak-anak sangat tinggi sekarang. sedikit sebanyak cerita kak Nawiah aze dapat jadikan pengajaran.






Tengok bertapa sweetnya kami. Ibarat ibu dan anak gitu.*ada yang cakap*
 keakraban yang dibina akan selalu dikenang. insha Allah :D













Sempat jugak beramah mesra dengan suami kak Nawiah atau digelar dirinya pakcik. pakcik so gentleman bila pakcik bangun dari kerusi dan bagi isteri tercinta untuk duduk. haha :)









"Nak beli sayur kak?" tu dia keluar sudah suara merdu ku melayan pelanggan yang datang

sungguh ramai pelanggan kak nawiah. Sampai tak cukup tangan aze dibuatnya.. Dalam masa berniaga aze nampak sungguh keikhlasan kak Nawiah dalam berniaga. sangat banyak pelanggan yang dapat diskaun. bila aze tanya "biarlah,anak ramai" Ya Allah terharu aze. serius aze rasa macam nak menitiskan air mata. Walaupun harga sayur-sayuran digerainya sudah cukup murah aze rasa tapi diskaun tetap diberikan. Betapa baiknya hati akak. aze doakan rezeki akak sekeluarga sentiasa dimurahkan olehnya.

Macam-macam tips berniaga yang aze dapat. yang pertamanya perlu ikhlas kerana Allah. Kata kak Nawiah,berniaga kena rajin. Jujur penting. Jangan fikir nak untung ja. yang mungkin untung tu penting tapi jangan sampai kita tipu dalam berniaga. hilang keberkatannya.

Sekarang tibalah masa untuk bersurai.so sad ku rasakan. Dan sebelum balik sempat kak Nawiah kirimkan kulat n cili api untuk aze. yeyyy!! seronok! macam nk lompat2 kat pasar *gimik je* 
Aze balik ump dan whatapps mak gambar kulat. Okay rupanya bukan aze sorang yang gembira sakan. haha. Thanks kak Nawiah! Me so love you :* semoga suatu hari nanti kita bertemu kembali! Terima Kasih pembaca!! Assalamualaikum .wbt. :D


P1 : JOM BELI NASI KUKUS ( MAISAL )

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ..

  Syukur Alhamdulillah , kita masih lagi dipanjangkan umur oleh Yang Maha Pencipta untuk merasai segala nikmat kurniaanNya. Dalam kita sedar atau tidak , bukan semua insan di dunia ini yang tahu erti bersyukur. Semoga kita tidak menjadi salah seorang daripada itu. Hargailah kehidupan yang kita ada selama ni , jangan pernah mengeluh atau menyesal dengan apa yang kita ada kerana semua ini adalah qada dan qada’ daripada yang MaHA Esa. Team LdoubleUT, sebuah team yang sangat unik dan kreatif. Maisal rasa sangat2 bersyukur kerana Allah takdirkan maisal untuk menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan ini. Inilah takdir Allah namanya. Tanpa kita duga, tanpa kita pinta, Allah telah pertemukan kita dengan insan2 yang ikhlas dalam mencari redhaNya di muka bumi ini.


  10/10/2013 (khamis). Kami semua geng2 LdoubleUT diberi task pertama daripada abg aman kita. MENJADI PROMOTER DIPASAR MALAM … Wow..awesome !!! Excited !!! semua ada.. yelah ..macam mane tak excited, ni first time kott .. selama niey, kita cuma jadi pembeli ( yang asyik tahu nk tawar menawar je kan .hehehe..)..xpernah terlintas di fikiran untuk jadi penjual ..

 “PENGALAMAN ITU MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN.”    Betul x ?

 OKEY.penat sudah dengan mukadimah mai yang panjang lebar, sekarang mai nk citer mai punyer pengalaman sepanjang jadi penjual dekat pasar malam tu..(walaupun sekejap jer tapi pengalaman tu sangat berharga)

 Kami ( maisal, azie, rahimah, mukhris & arif ) bertolak dari UMP pukul 6 ptg..kalau ikut planning asal..kami sepatutnya bertolak pukul 5 tapi nk buat mcm mane kami ni budak2 hbs kelas pukul 6..so, nk tak nk terpaksa la dtg lambat ckit daripada geng2 LdoubleUT yang hbs kelas awal tuu.. 

 Sesampai je kami di pasar malam yang berlokasi di pekan (berhampiran dgn Ump@city @ bdk2 bazar) ,kami berjumpa dengan abg mel a.k,a aman ..perasaan teruja ++ nervous kian bergabung .otak berpusing memikirkan ..abg aman ni nk letak mai dkt mana yer .. then, mai follow je abg aman dan arif pergi ke satu2 gerai yang still lg xder bdk2 LdoubleUT...and sorang demi sorang daripada kami dipisahkan untuk memulakan tugasan masing2 di gerai2 yang telah ditetapkan oleh abg mel a.k. aman ..mai dapat gerai jual nasi kukus ..fulamak!!! memang terbaik lah … jual nasi kot (simple jer kan)..


 Disitulah mai mula berkenalan dengan sepasang suami isteri yang tidak kurang ramahnya. Sebenarnya mai igt2 lupa nama makcik tu .kalau xsilap mai makcik jatsiah tp xtw betul ke x ..hehehe ..cz mak cik tu suruh mai pnggil dye ma ..so, mai ckp dgn mkck tu, mai panggil “ma” jerr la…hohoho ..bnyak yang mai belajar daripada ma ..mula2 ma bgthu mai nasi yang diorang jual.. nasi kukus ..ada 3 jenis ..nasi minyak, nasi beriani dan nasi biasa ..semuanya harga rm5 ..tapi kalu nak beli ayam sajer pun boleh.. rm4 ..so,lagi better bli skali dgn nasi kann..jimat gitu..hahaha ..then, ma ajar mai cara nak ikat sambal belacan, gulai (walaupun dah taw, tapi belajar jer..buat2 tak taw..orang nk bagi ilmu..so,kita kena terima dgn hati yang terbuka + ikhlas..kann) .. mai xbanyak kerja sangat ..just duduk2..borak2 dgn ma dan layan customer kalu ada .. tu jerr .. n tolong kipas nk halau lalat skali (hehhe.. nk bgthu jgak) ..mula2,mai malu jgak untuk jerit2 ..ckp dkt dkt setiap orang yg lalu-lalang..

 “bang ,nasi bang” or “kak, nasi kak”

 macam yag ma buat ..tapi, bila tgok ma selamba jer ..so ,mai pun cubalah.. walaupun tak kuat sgt ..
at least, dpt didengar oleh orang yang lalu-lalang depan gerai tu..
fokus btul..hehehe..
nampak x fokus kat situ..

“MANUSIA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, DAN SEBAIK-BAIK PERANCANG ITU ADALAH ALLAH SWT”..


 Tiba2 hujan turun ..dalam area pukul 8 lebih mcmtu lah.. n kami pun mula untuk tamat kan tugasan kami ..di pasar malam tu , ..semoga berjumpa lagi yerr ‘ma’ ..HIDUP NASI KUKUS ..hhehehe


 Kami berkumpul di A&W untuk sesi post-mortem bersama abg aman ..berbincang tentang apa yang kami dapat melalui P1 & apa yang perlu kami improve untk next task...

Last, but not least ..buat geng2 LdoubleUT esp. abg mel jamil , thanks sgt2 untuk program yang bermakna ni .. semoga kita dapat terus menjalankan aktiviti yang berfaedah seperti ini ..

 “UKHWAH FILLAH SAMPAI SYURGA” insyaAllah..

Sekian terima kasih,


~love LdoubleUT~
~love INSMARTIVE~

P1 :NASI AYAM, NASI MINYAK 3 RM10 (EDDY)



Haaa.. nasi ayam ! nasi minyak ! 3 RM10! 3 RM10! 3 RM10! Nasi lemak supe mak kite wat .!

Begitu nyaring suara teriakan Abg Awie. Suasana yang hambar pada mulanya mula dibanjiri pelanggan sekitar pasar malam. Aku yang termangu-mangu membuntuti  Nash ketika itu hanya mampu tersenyum saat dia ‘menyerahkan’  aku pada Abang Awie.

‘ohh.. jual makanan.. teringat nasi bajet   T_T   !! ‘

Ini merupakan pengalaman kali kedua aku berniaga di pasar. Dulu masa bulan puasa yang lepas aku jual nasi bajet – nasi kak wok bak kata ore Klate – saje suka-suka cari pengalaman. Hmm.,, nampak nya permintaan aku untuk dapat kedai baju langsung diabaikan orang berkenan. Dapat jual makanan pon seru deh.!
   haa,,bagi sesape yg xtw ini lah rupe nasi bajet tu. 

Jadi… berbekalkan sisa-sisa skill dan kemahiran yang masih ada ini, maka keluarlah..

‘Haaaa,, bang, sila bang, sila kak. Nasi ayam , nasi minyak , 1 Rm3.50! 3 Rm10! 3Rm10! Mana nak dapat bang. ! mana nak dapat ni kak..!!

‘yang penting jadi peniaga ni buang sifat malu, jangan hiraukan apa orang sekeliling kata , mereka hanya cuba untuk menjatuhkan semangat kita , panggil pelanggan dengan nama yang mereka suka , kalau dapat berbahasa seperti mereka , itu bonus untuk kita , ‘ - Abang Awie –

Bereh boh Abang Awie.! Seronok dapat tolong meniaga kat pasar malam ni. Macam-macam  karenah dan lagat manusia dapat kita tengok. Syukur dapat Abang Awie yang tersangat peramah dan tak lokek untuk kongsi ilmu dan pengalaman. Abang Awie ni dibantu oleh sorang lagi pekerja tapi xsempat tanye lar nama akak tu.

Ada sedikit komplikasi yang kami hadapi hari tu. Hujan yang turun renyai-renyai merupakan faktor pelanggan culas untuk mengunjungi tapak pasar malam . keadaan gerai yang gelap disebabkan fius generator terbakar memberi impak yang besar kepada kami. Namun Alhamdulillah, berkat pertolongan ‘jiran-jiran’ generator berjaya berfungsi. Aku dapat belajar sesuatu masa tu. Walaupun mereka saling bersaing untuk melariskan jualan, namun bilamana sekeliling mereka ditimpa masalah, mereka tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan. Hidup bermasyarakat. Indah bukan.?

Hari dah mula gelap. Sang suria mula melabuhkan sinarnya dan kegelapan malam mula terasa. Sebagai taktik perniagaan, harga jualan diturunkan – 4 Rm 10. Alhamdulillah,berkat kesabaran, akhirnya makanan sudah habis dijual. Terima kasih yerr pak cik sebab beli kesemua 8 bungkus nasi minyak kami. ^^

Tidak lama kemudian kelibat Arif dan Abang Jamil kelihatan.

Oh,, nak ‘ambil’ saya semula rupanya..

Kepada Abang Awie, terima kasih bagi tunjuk ajar dan sanggup turunkan ‘ilmu’ pada saya. Semoga Abang Awie sukses selalu . kirim salam akak kat rumah yer,sampai ketemu lagi, terima kasih belanja. Segan nak terima sebab saya xtolong ape pon.-tolong jerit je-  hehe  >.<
                                          'nah ambik ni Abg Awie blanja'  
                                                   "eh xpe bang, saya tolong jerit je"

Kepada LdoubleUt.. terima kasih untuk aktiviti malam ni. P1 ni memang memberi banyak pengajaran dan pengalaman yang hebat. Postmortem kat A&w terpaksa dilakukan dengan pantas kerana kami mengejar masa. perbincangan tamat jam 2115 dan kami terus pulang ke kampus tercinta. Kepada KBB,, tinggal lah anda di sana okay.?

Sebagai konklusi,diharapkan aktiviti sebegini dapat dilakukan pada masa kelak,dan sama-sama dapat melakukan penambahbaikkan untuk kecemerlangan LdoubleUt bersama. Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya dan imbuhan yang kita peroleh hari ini menjadi bekal masa hadapan.

Sekian. Assalamualaikum.

<3 ALLAH
<3 LdoubleUt
senyum sikit  ('_^)

                                           -eddy-


P1 : 3 SPULOH 3 SPULOH! BOLEH CAMPUR KAK! (DILA)

Assalamualaikum w.b.t.. :) 

  Ni nak cite sikit la kan pasal pengalaman berniaga kat pasar malam untuk first program LdoubleUT ni.. kalau orang lain ade kena jual baju,kapok lekor,nasi kukus.. dila kene jual ikan! Amekaw! Haha.. mule2 mase abang aman hantar kat gerai ikan tu dah tak taw dah nk wat mnde. Die tinggal kan dila kat gerai tu dengan muka menganjing gila..huhu.. Dah la jenis2 ikan pon xtaw.   Nasib baik la kak Lina ngan suami die bagitahu jenis2 ikan yang ade kat situ.. ade ikan selayang, sekilo 8 hengget..pastu ikan selar kuning, kerisi, ikan aye, sotong 22 ringgit sekilo, ketam pon adoo!
Ade yang jual kilo2, pastu ade yang jual dalam pinggan. Dila tolong jual yang dalam pinggan je lah. Tu je yang koi mampu. Nak tolong abang tu potong ikan memang hancurr lah kan :P

                                               


                                        ha.. pilih kak nak yang mane..boleh blake :D





                                         misi menghabiskan stok2 ikan,ketam,sotong sebab dah malam


Haa.. 3 pinggan 10 ringgit kak!.. 3 pinggan 10 ringgit bang! Sotong ade, ikan slayang ade,selor kuning ade. Boleh campur blake boh. Muroh2… macam ni la kene promote, baru laku.. mule2 rase malu la jugak nak jerit. Slow je suare. Pastu kak lina suruh kuatkan sikit suare. Ape lagi, dila jerit jelah.. haha.. orang lalu pandang macam pelik je.. tapi wat x tahu je lah, name pon nak tarik perhatian orang kan. Baru untung nok niage :D Ramai jugak orang datang beli yg dalam pinggan tu.. Nampak tak kat situ.. *ehem2.. Rase macam peniaga ikan berjaya .. hahaha.
Customer2 akak tu yg datang semue tanye anak angkat ke? Pekerja  baru ke? Haha.. mcm2 soalan kuar.. akak yang niage depan kedai ikan tu pun datang jugak, bukan nak beli ikan, tapi nak suruh tolong kedai die plak.. memang tak dapat la nak tolong kak.. sorry.. J lain kali ye.
Dah sampai pukul 8 malam tu abg Aman n the geng  dah datang nak amik dila balik. rase macam baru skejap tolong akak tu dah nak balik. tp sempat jugak habiskan jual sotong. Haha.. lakuu tuu sotong. Sebelum balik kak Lina ngan encik somi die ade la bagi buah tangan kat dila sikit sbb tolong die..hmm..banyak sebenanye.. hihi.. tp papepon dila tolong ikhlas J
Pengalaman jual ikan ni mmg best la.. terbaik! First time kot. Slame ni ikut abah pegi pasar je..beli..jual x penah. Walaupun baju ngan tangan sume dah bau ikan tapi takpe. Pengalaman tu yg penting okay ;) ingat senang ke nak dapat..srius cakap memang best lagi2 kak Lina ngan abg tu mmg sporting gila. Happy sangat kerja ngan diorang.
Lastly, yang PALING PENTING.. dila dah kenal banyak jenis ikan! Yeayy! Tu je la untuk kali ni. Bye!


bersame kak Lina and suami die :)

LdoubeUT memang terbaik <3 <3 <3

Friday, 11 October 2013

P1: PENGALAMAN BERNIAGA KALI PERTAMA (NASH)

Pengalaman Berniaga Kali Pertama.


Beniaga kecil-kecilan selalu dipandang rendah masyarakat kita.Nampak miskin dan terdesak, tanpa memahami keseronokan dalm dunia perniagaan itu sendiri.Sebelum ini saya pun berpandangan yang sama. Kadang-kadang beli barang peniaga kecil ini pun kerana harganya yang murah sedikit dari pusat beli belah.

Tapi Allah beri saya peluang merasai sendiri jerih payah berniaga walaupun sekerat hari sahaja. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh kumpulan LdoubleUT untuk belajar macam mana berniaga dan macam mana berinteraksi dgn masyarakat.

(mukadimah dulu)

Ceritanya bermula pada 10/10/2013,wauuu tarikh yang sangat sesuai bukan.Tempat pertama sy berniaga ialah terletak di sebuah pasar Tani berhampiran dengan ump@city. Kami bertolak dr kolej kediaman pada pukul 5.15 ptg. Perjalanan menuju ke pasar Tani itu mengambil masa dalam 20 minit. Sewaktu didalam kereta fikiran sy melayang memikirkan strategik untuk menarik pelanggan dtg ke gerai nanti.

Setibanya di pasar Tani, kami disambut oleh Abg Aman (si pelat R)..sy nervous sebab xtau dapat berniaga di kedai apa sbb kedai ikan ada, kepok2 ada dan macam2 lagi. Dan akhirnya sy diletakkan di tempat orang menjual SAYUR..

Disitu lah sy berkenalan dgn Kak Syamsiah..Kak Syamsiah ni seorang yg pemalu rpenya..tp jgn risau kerana sy ni seorg yg xtau malu..hahaha(gelak jahat)...Disitu kak Syam terangkan sy jenis2 sayur yg dia jual..rpe2nye byk sayur yg sy xknl..(tau mkn je)..ok..lepas dh tau harga2 setiap sayur tu kene lh keluarkan suara nak tarik pelanggan..walaupun sy ni seorg yg xtau malu..tp kene beranikan diri jgk lh..tebalkan diri pastu jerit "sayur...sayur..seikat singgit..seikat singgit..murah bang..murah.."

Sewaktu beniaga kak Syam menceritakan pengalaman dia berniaga..rpe2nye dia baru setahun berniaga..dia ceritakan berniaga ni seronok berbanding dari keje bwh org..berniaga blh tambah byk kwn..kalau keje bwh org kenal org yg sama ja...pastu die ckp lh..kalau berniaga duit dpt byk dri keje bwh org pastu keje bwh org kene ikut mood bos..kalau mood x ok..x ok lh jwbnye..tp kalau niaga ikut mood sndri..kalau malas niaga xyh niaga lh..tp nk mkn ape kalau x niaga..mkn pasir!!..tbe2 niat dlm hati teringin pulk nk berniaga (blh beli kereta utk #KBB)

Bergelak Sakan dgn pelanggan



Bila time maghrib,sy rehat kejap utk solat maghrib. solat kena lah utamakan kalau nak dapat keberkatan dalam berniaga dan hidup :)..Tak lama selepas tu stg abg Aman n the geng, hehehe..dtg nk jemput kitew leww tu..sedih rasa nak tinggalkan kak Syam..sebelum balik kak Syam ada nk bg duit tp sy tolak..sy dtg tolong ni ikhlas dn x mintak apa2 pn...

Bergambar dgn Kak Syam sebelum balik



Selepas semua berkumpul, kami pergi ke A&W utk makan dan buat postmortem. Dekat situ semua org bercakap dan bercerita apa yg diorang dapat belajar dan apa feedback dari orang yang kita niaga. Kami sangat gembira dan seronok kerana dapat menolong mak cik2 dan pak cik2 berniaga di bazaar..Akhir sekali abg Aman explain pasal apa yg patut kami improvekan utk program yg seterusnya dan abg Aman menerangkan plan startegik LdoubleUT utk masa yg akan dtg

Akhir kata dr sy..bila buat sesuatu buatlah dgn ikhlas tanpa meminta balasan dan igt lh org tersayang..hehe..

<3 in-smartive
<3 LdoubleUT
<3 KBB

P1: TUDUNG OH TUDUNG (AZRI)

Assalamualaikum, saya Shahrul Azri bin Ibrahim ingin menceritakan pengalaman program LdoubleUT program pertama yang saya telah alami pada hari khamis yang lalu bersamaan 10/10/2013. Program pertama kami dijalankan di situ pasar yang terletak berhampiran dengan kolej kediaman 5 yang terletak di bandar Pekan, Bandar Diraja yang juga terkenal sebagai UMP City. Kami yang tinggal di kolej kediaman di dalam kampus bertolak ke tempat tersebut kira-kira pukul 5.15 petang. Setibanya kami tempat yang dikehendaki, kami melangkah keluar dari kereta sambil memikir apa yang akan bakal kami hadapi. Saat itu, saya hanya memikirkan yang saya tak mahu diletakkan di kedai pakai. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi saya kerana akhirnya saya diletakkan di kedai menjual tudung. Bermula kisah yang menarik dan babak sedih dan gembira ketika menjual di situ.


Semasa saya dikenalkan dengan tauke kedai tersebut oleh Abang Aman. Peniaga tersebut bernama HJ UMAR SAMON. Haji Umar itu sangat peramah kerana mudah diajak berbual. Pada mula saya tidak tahu hendak membuat apa kerana itulah kali pertama pengalaman saya menjual tudung. Walau bagaimana pun, cara komunikasi saya dengan pak cik Umar dan isterinya kurang kerana saya hanya dapat menjalankan komunikasi secara satu hala sahaja. Hal ini kerana, isteri pak cik Umar bukanlah orang tempatan. Walaupun, cara komunikasi dengan mak cik itu kerana berkesan, saya cuba juga memahami apa yang dikatakan oleh makcik itu. Namun demikian, layanan yang diberikan oleh mak cik itu sangat baik sekali. Sementara menunggu pelanggan, tiba-tiba datang seorang pelanggan masuk ke kedai tersebut. Waktu itu saya ingin pergi melayan pelanggan tersebut tetapi dengan tak semena-mena pelanggan itu bercakap bahasa siam. Dengan perlahan-perlahan saya pun mengundurkan diri kerana saya tidak faham apa yang dikatakan oleh pelanggan itu. Jadi saya hanya melihat mak cik itu melayan pelanggan itu.


Isteri Hj Umar Samon


kak, mai pilih kak!! thai mari




Apabila senja menjelma, saya membantu pak cik Umar untuk memasang lampu di kedai tersebut. Pada cubaan pertama, sebanyak 3 butir mentol yang terbakar kerana arus elektrik yang dibekalkan terlampau tinggi. Ketika itu , sayup saya melihat pak cik Umar tetapi wajahnya yang sedih itu disembunyikan. Selepas itu, pak cik Umar ke kedai untuk membeli mentol. Selepas itu, apabila berkumandang azan Maghrib, saya menunggu pakcik Umar pulang dari surau di stesen minyak berhampiran untuk giliran saya menunaikan solat. Setelah menunaikan solat, saya pun kembali ke kedai tersebut. Selepas itu, saya membantu pakcik Umar menyimpan tudung tersebut ke dalam van miliknya.



Sebagai konklusi, saya amat berbangga kerana saya terpilih dalam LdoubleUT ini kerana di sini saya dapat lihat bagaimana orang hidup lebih susah daripada kita. Oleh itu, dengan program sebegini saya dapat menggembirakan orang lain. Sesungguhnya apabila kita menggembirakan hati orang lain, Allah akan menggembirakan kita mahupun keluarga kita. Itu sahaja yang saya dapat tulis untuk kali ini. Jumpa di lain kali. Assalamualaikum W.B.T




P1 : KOPOK 5 SINGGIT (UMIE)




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamuaikum semua, ok hari ni umi nak cerita psl 1st program yg LdoubleUT organize, which is berniaga di bazaar kat pekan. kitorg kat sna dri ptg smpai malam. mmg nervous gile time smpai tuh sbb mke abg aman nakal gile time nak bahagikan group kat kitorg. nervous sebab xtawu kite kena niaga apa, ikan ada, baju ada, kepok2 ada, dan macam2 ada. so, umie dapat kedai jual KEPOK LEKOR.

ok, mula2 umie kenal2 ngan akk yg umie nk tlg berniaga tu, nme dia kak ma, akk tu sgt sporting n byk ckp. 1st of all dia ajar umie psl harga2 keropok, pisang and cempedak. then dia ajar bahan apa yg dia guna nak buat keropok tu. time tu la baru tawu apa bahan yang dyorg guna selama ni nak buat keropok sbb selama ny mkn je tawu. first2 mmg malu2 sikit nak keluarkan suara nak tarik pelanggan, tpi tebalkan muke, keluarkan suara "kepok bang, kepok kak, 5 singgit, 5 singgit". :) siapa yg lalu semua umi ajak beli.








then, akk tu ckp, hari ny laju sikit jualan dekat org kedai sebelah sebab ada pembantu baru, dia ckp umie ni anak dy *bangga kejap*, hehe. then sesi temu ramah ndgn org2 kedai sebelah kiri kanan, semua berebut nak umie, sruh tlg dyorg niaga. apa yg umi dpt belajar time ny cara nak interaksi and communicate ngan pelanggan. macam mne nk tarik pelanggan n kak ma ajar jugak pasal bussiness. dia mula kecil-kecilan dulu sebelum ni, then baru 2 minggu je kak ma start buat niaga sambil goreng sekali sbb sebelum ni dia just jual keropok yg mentah jer.

umie belajar jugak pasal keterpaksaan dan kemiskinan dlm hidup utk mencari nafkah utk tanggung family and adik beradik. kat sini sedih sikit sebab kak ma tu belajar smpai darjah enam je then da start cari duit utk adik2 dia. time dah malam tu pon kat kedai umie tu xde lampu sbb kena sekat, xcukup duit lg nak bayar. tpi dia xmalu, even ramai org lalu lalang tnya knpe kedai gelap kak, kitorg tetap teruskan jual keropok. kat sini umie belajar pasal pengorbanan dia utk support family dy, life won't be easy without sacrifices. okay, cukup dgn part yg sedih.

umie ngan kak ma xbyk ckp sgt sebab kak ma goreng keropok and cempedak semua dekat belakang, so kat depan umie yg handle jualan-jualan. umie xblh imagine mcm mne klau dia sorg, nak goreng lgi, nak layan org jual lg. tapi dia cakap dia suke bile org dtg rmai2, sebab dia happy dgn apa yg dia buat. dia happy bila org dah rse keropok dia then org confirm akan dtg lgi beli dekat dia sebab dia jge kualiti produk dia. umie sendiri pon rase, keropok dia sedap n xgatal tekak mcm sesetengah keropok lekor tu. so kat sini dia dah ade regular customer dia sendiri, advantage utk dia dekat situ.

time maghrib, umie rehat kejap utk solat maghrib. solat kena utamakan klau nak berkat dalam perniagaan and hidup :). tak lama lepas tu, datng abg aman n the geng, hehe, nak jemput umie balik. sedih rase nk tinggalkan kak ma sorg2, sbb penat klau dia jge sorg. time tu, kak ma mtk number phone, n ajk dtg rumah dia klau free, pelok cium samua la sbb nk balik dah. sedih tpi happy sbb dpt kerja dgn dia. bile kita buat kerja ikhlas, n niat nk membantu kerana Allah, and xharapkan apa balasan, insyaaAllah everthing will turns out great.



"muka happy jual kepok lekor sbb dapat mkn jugak, hehe.
< yg belah kiri ni la kak ma :) "


then bila semua org dah gather, kitorg pergi A&W utk makan and buat pastmortem dekat situ. setiap org ckp n cerita apa yg dyorg dpt belajar n feedback dri org yg kite tlg niaga tu. dri apa yg umie dpt, semua org happy n nak buat lgi aktiviti mcm hari ni, menolong berniaga di bazaar :)
last of all, abg aman explain pasal apa yg kitorg kne improve utk next program and abg aman terangkan pasal plan strategik LdoubleUT utk masa akan datang.

sebagai konklusinya, hehe, ayat baku terus, umie sgt happy and bertuah plus bangga sebab dpt jadi LdoubleUT ni. seronok sgt sbb dapat belajar and bekerjasama dgn org yg hebat, the one and only Abg Aman, he inspired me so much. and xlupe jugak dengan ahli2 yg lain, sgt sporting and helpful. Always remember Allah, and that makes our day better because Allah is always around us. tu jer dri umie, tulus ikhlas utk semua :) assalamualaikum.

<3 LdoubleUT
<3 ALLAH

Thursday, 10 October 2013

PEMIMPIN TANPA NAMA





Kalau jadi batu,
Jangan jadi batu di tepi jalan,
tiada nilainya, tiada harganya, dipijak orang, disepak orang, tetapi, Jadilah batu permata, yang bersinar dan berkilau,
dihargai orang.

Kalau jadi Kayu, jangan jadi kayu reput, yang rapuh, yang patah, dibuang orang dimerata-merata, tetapi, jadilah kayu jati, kayu yang mantap, mahal harganya dan dihargai orang.

Kalau jadi manusia, jangan jadi manusia biasa-biasa, longgar jiwanya, rapuh imannya, sempit mindanya, gelap masa depannya, tetapi, jadilah manusia yang luar biasa, gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, quran juadahnya, jauh pandangannya, gemilang masa depannya,

Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, fikirlah dan renunglah!, katakana pada dirimu, "bahawa saya tidak memilih untuk menjadi manusia biasa, tetapi saya memilih untuk menjadi manusia luar biasa"