Sunday, 29 December 2013

SALAM IMTIHAN (ARIP)



Bismillah hir -Rahman nir -Raheem
(In the name of Allah, the beneficent the merciful)


[CORETAN Mr. PA]

Anyonghaseyo ^^ 


Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku a.k.a unbiological family yang akan menghadapi imtihan semester ni. Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah. Ameen

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin" 
(Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan)

"Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah"
(Ya Tuhan, berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat)

Berjuanglah wahai sahabat, dengan kalimah Tuhan, dengan segala ilmu yang telah dipinjamkan sementara kepada kita.

"man jadda wajada waman zara’al hasada"

(sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya, sesiapa yang menanam pasti akan mendapat hasilnya)


"apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yg bertawakkal" 
(Ali-Imran:159)




Andainya ditakdirkan KECERMELANGAN, Itu sebenarnya dari ALLAH, 

Andainya ditakdirkan KEGAGALAN, Itu juga sebenarnya dari ALLAH ,

TAPI  ingatlah,
Walau kita cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal, 
hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya,
Yang penting,
Kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan 
ALLAH SWT

Lulus dan gagal adalah cara lama mengkategorikan seseorang,
Cara baru adalah pengetahuan dan kejahilan..


Saidina Ali  R.A menyatakan;
"kalau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona'ah (puas), kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga kahirat, pakailah budi pekerti yang mulia."






Sunday, 24 November 2013

P1: LANGIT TAK SELALU CERAH [MUKHRIS]

Bismillahirahmanirahim….

Assalamualaikum dan salam satu in-smartive sahabat-sahabat semua…

Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana mngizinkan saya untuk berkongsi satu pengalaman yg sangat bermakna dalam hidup ..LEADERS WITHOUT TITLE (LdoubleUT) adalah satu kumpulan yg ditubuhkan untuk menambah nilai diri seseorang individu bagi tujuan menjadi seorang fasilitator yg serba boleh dalam mengendalikan sesuatu proram….ye ker??hehe…

Untuk task pertama yg diberi adalah menolong peniaga dipasar malam Bandar Pekan…Dengan memandu sebuah kereta kancil yg disewa, saya dan 4 org sahabat bergerak menuju ke lokasi pasar malam tersebut..perjalanan ke lokasi mengambil masa lebih kurang 20 minit je..

Setibanya di lokasi jantung saya berdebar-debar menanti untuk diserahkan kepada peniaga..saya berharap untuk ditempatkan di gerai yg menjual makanan kerana perut saya masa tu tersangatlah lapar..hahaha..Apabila jumpa abg Aman di pasar tu saya hanya diam seribu bahasa sabar menanti arahan dan mengikut jejak langkah abg Aman melalui satu-persatu gerai yg ada dipasar tersebut..bibir mula tersenyum dan hanya mampu gelak dalam hati bila terpandang sahabat-sahabat yg dah berada di gerai-gerai jualan…gelak melihat umi menjual keropok..Dila dan Syarif menjual ikan….nasir pulak kat gerai sayur…haha..mase tu sy dan Maisal je belum diserahkan kepada peniaga..tengah-tengah berjalan asyik gaduh je dgn maisal berebut gerai..hehehe…

Akhirnya sy ditempatkan di gerai yg menjual pakaian…dalam hati ini berkata mungkin ada hikmah ditempatkan kat sini…abg aman memperkenalkan sy kpd peniaga tersebut iaitu kak kizan..kak kizan menerima kehadiran sy dgn gembira..sy mula berkenal-kenalan dgn kak kizan..sangkaan sy umur kak kizan jauh brbeza dgn sy tp rupa-rupanya hanya beza setahun…haha..kak kizan nampak malu2 bila sy panggil dia kak…takpelah yg tua kita hormati yg muda kita sayangi..ye dak???...

Sesi Tak Kenal Maka Tak Cinta dengan Kak Kizan :)
Awal-awal agak kekok untuk berbual dgn kak kizan tp lama-lama kak kizan mula menunjukkan tanda positif utk berkongsi cerita dgn sy…kak kizan mula berniaga selepas tamat spm dgn menolong ayahnye berniaga pakaian di semua pasar malam di pekan…Namun kesedihan turut terpancar di wajah kak kizan bila dia menceritakan perniagaan mereka makin merosot sejak akhir-akhir ni…kak kizan bgitahu antara sebabnya adalah lokasi gerai yg tidak strategik…gerai kak kizan terletak dikawasan kurang orang ramai lalu lalang..selain tu jgk cuaca sekarang tidak menentu…kak kizan bgtahu pernah terdetik dihatinya untuk berhenti berniaga dan mencari kerja lain namun memikirkan ayahnya yg masih bersemangat untuk berniaga,kak kizan membatalkan niatnya dan terus berusaha hingga kini…

Walaupun tidak ramai pengunjung yg dtg namun sy tetap tunjukkan muka manis kpd kak kizan menandakan sy tak bosan dan suka melayan pengunjung..pengalaman sebegini tak akan dapat tanpa LdoubleUT…terima kasih semua warga LdoubleUT..

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari…masa tu jam menunjukkan pukul 8 malam..Guruh mula berdentum…nampaknya hujan bakal turun bila-bila masa je..kak kizan mula mengarahkan adiknya, Nazri untuk mengemas semua pakaian..sy turut membantu mereka membungkus semua pakaian kedalam bungkusan kain..hujan rintik mula menyembah bumi…namun pakaian yg belum disimpan masih byk…nasib kami baik kerana warga-warga LdoubleUT yg lain dtg turut membantu…masa tu sy rasa happy sgt sbb ramai dtg tolong kak kizan…kak kizan pun suka sbb dpt kemaskan semua barang dengan cepat…kak kizan bagitau Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah..Ada perniagaan yang kadangkala untung dan adakalanya rugi. Adat orang meniaga, ada untung dan ada ruginya. Ada turun dan adakala naik… sebelum balik sy sempat mintak maaf dr kak kizan dan berterima kasih kerana beri sy peluang utk mencari pengalaman sebgai seorang peniaga..Kak kizan juga ucap banyak2 terima kasih kat sy dan semua warga LdoubleUT yg tolong dia…sy rase sedih dan terharu kerana tak dapat tolong byk sgt..maaf ye kak kizan..huhu L ..dan sy juga rasa terharu dan gembira bila kak kizan menghadiahkan sehelai baju t-shirt kpd sy…sy nak bagi duit tapi kak kizan x nak..ikhlas katanya…Alhamdulillah..org memberi kita menerima..sy doakan semoga kak kizan dan keluarga akan mendapat rezeki yg lebih selepas ni..amiin…


Baju Hadiah Kenangan Drpd Kak Kizan..Terima Kasih ..:)

Friday, 22 November 2013

WITH LOVE, TRUST AND RESPECT - TITIK SENTUHAN 3.0 (EJAT)

      Assalamua’laikum readers, wish korang baik-baik saja. Sihat insyaAllah. =) Suddenly terdetik kat hati ni, nak share moment bila mengikuti program Titik Sentuhan 3.0, yang diadakan pada 24 hingga 27 oktober 2013 yang lalu. Nak tau kat mana? Haa~ The place is Rumah Kebajikan Ar-Rayyan, Johor Bahru. Something new for us, para fasilitator Insmartive UMP dapat gather up with kids which ibu dan ayah mereka telah tiada, atau mungkin punyai masalah peribadi. Dalam hidup kita, kita selalu ada ibu dan ayah. Kan? Ada tempat untuk bergurau dan bermanja. Ada masalah, boleh share dengan mereka berdua. Betul? Tapi kita pernah terfikir jika kita tiada mereka berdua? Tiada mereka berdua tika usia masih menginjak dewasa? Ketika kita masih perlu kasih dan sayang yang tinggi dari mereka. Its like we’re nothing when both of them, our parents, are not with us. Right?

     My first expectation bila dapat join program ni is the place. Sebut tentang rumah kebajikan mesti kita bayangkan yang besar-besar. Kan? Hehe. And my expectation is wrong. It just a small bungalow I think, as their place. Live there. Eat there. Study and play. ^-^ Kami semua tiba petang jumaat lebih kurang pukul 5 petang. Menaiki bas UMP. And petang tu just kendiri means aktiviti bebas coz adik-adik pon belum pulang dari sekolah. Adik-adik lelaki dan perempuan diasingkan di tempat tinggal yang berbeza. And rumah tempat kami berprogram tu adalah rumah adik-adik perempuan. Mostly adik-adik Ar-Rayyan ni masih bersekolah dan yang paling tua, tingkatan 5.

     
     After maghrib, adik-adik lelaki sampai. And kita wat Ice Breaking sesame penghuni Ar-Rayyan. Tahu kenapa Ice Breaking ni penting? Haa~  Ok. One of the objectives kita wat Ice Breaking ni untuk memperkenalkan diri kita kepada orang yang tak pernah kenal kita langsung. Juga sebagai permulaan sebuah ikatan perhubungan. Its like ta’aruf session and we need to tell them little bit about ourselves. So, malam tu just ada one slot je which is Slot Kau Ada Aku Ada.

     Slot Kau Ada Aku Ada adalah first slot adik-adik ni. This slot teach us how to feel grateful for what we have in our life and how to get creative if we have permanent disabilities such as blind or deaf. Slot ni sangat mencabar and fasi ditugaskan ganggu kosentrasi adik-adik ni. Untuk slot ni, ada sorang adik ni marah gila dekat ejat sebab kacau group dia. And group dia buat semula daripada mula. Memang stress dan tegang waktu tu. Tugasan dalam slot ni, kena bina something berdasarkan arahan daripada si kudung (tangan diikat). And yang kena bina tu si buta (mata ditutup dengan kain). Memang mencabar. And yang menang malam tu adalah group ejat ! =) Hebat rupanya adik-adik kumpulan ejat ni. Hehe. So, malam tu fasi-fasi kene tidur dengan adik-adik. Memang best la kan. Dah lama tak tidur ramai-ramai.






    

                                   


     


   

                                                                                                                                                         




   








     For the second day, kitorang dah nampak macam satu family. Seriously ejat rasa macam takde beza pon fasilitator UMP dengan adik-adik Ar-Rayyan. Semua happy and enjoy. And I’m proud to be one of the members in Insmartive. That day ejat banyak snap gamba. For me, pictures can tell us the feelings, situation and action of the day. Like we flew back and do all things on that day. Such an epic. Haha. Ejat happy sangat dapat tengok adik-adik Ar-Rayyan tu gelak ketawa. Maybe tu gelakan dan ketawa mereka yang paling ikhlas. Tulus. Lahir dari hati yang kita sendiri takkan dapat tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan. =) Second day kita main game dengan adik-adik and nak diorang totally enjoy Sabtu tu. Ade game baling selipar, teng-teng, and paling best time main belon air. Time game ni paling meriah coz game ni paling last. Semua kumpulan main ramai-ramai. Paling kelakar bila dah jatuh kat jalan still tak meletup. Tak dikira mati. Abang dan kakak fasilitator pon join sekaki. Meriah sangat. Thanks kat diorang sebab support. Good job guys ! 

 “Touch their hearts”, pesan abang wan . Looks nothing but it’s meaningful. Why? Seriously kalau ejat dekat tempat adik-adik tu. Mesti ejat nak ada abang atau kakak yang ejat boleh share story. Pasal sekolah. Pasal kawan-kawan. Pasal semua la. Right? 



    Part yang ejat paling suka time program ni ialah time makan. Suap menyuap tu nampak harmoni sangat. And tak nampak pon macam pendatang. Looks like one big family gathering. Best. =) Tujuannya adalah, mengeratkan ukhuwah sesama adik-adik dengan para fasi Insmartive. Bila time tidur pula, kena tidur dengan adik-adik ni. Macam-macam gaya tidur. Nasib baik abang dan kakak fasi tidur sopan. Haha. =P







     For the last day, adik-adik dah mula sayang dekat abang dan kakak fasi. Buat apa saja mesti abang dan kakak yang mereka cari. Perpisahan mesti sangat menyakitkan bagi mereka. And bagi kami juga. Sedih kot. Haha. Aktiviti hari ahad tu just wat colouring shirts sebagai hadiah untuk mereka. Tanda-tanda kenang-kenangan hasil tangan abang dan kakak fasi. Adik-adik tu happy sangat dapat shirts. Siap banding-bandingkan shirts masing-masing. =) Glad to see them happy. Ejat sedih sangat sebab rasa sekejap je dapat jumpa adik-adik tu. Kene tinggalkan diorang. Siap menangis tu. Haha. Lol. =P








    














     

     Overall, ejat sangat beruntung dapat jumpa diorang. And paling penting dapat join program Titik Setuhan 3.0. Appreciate sangat-sangat kat Sharimie Arif sebab offer. And that’s my first programme and it give me strength to join next programme under Insmartive. =) InsyaAllah. Bila kita wat something dengan ikhlas dan tak harapkan balasan. Allah nampak niat kita dan berikan apa yang setimpal dengan apa yang layak untuk kita. Konklusinya, hargai ibu dan bapa sementara mereka masih bernyawa. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

     Rasa cukup untuk setakat ni, thanks readers !!!  Hope korang enjoy dan hadam story ni. Haha. Got to go. Kerja menanti. Daaa~  (^_^)




Wednesday, 16 October 2013

P1:MAHASISWA SI PENJUAL IKAN



            Sebut je pasal ikan, mesti kita semua akan terbayang tentang sifat–sifat ikan seperti hanyir, geli, dan macam- macam lah. Tapi, tahukah kita sebenarnya ikan merupakan salah satu sumber protein yang sering menjadi pilihan orang ramai dan setiap ikan mempunyai gred2 yang tertentu. Tapi pada hari ni, Syarif bukannya nak menceritakan pasal gred ikan ke, jenis- jenis ikan ke, khasiat yang terdapat pada ikan ke, tapi Syarif nak ceritakan tentang pengalaman Syarif yang menjadi penjual ikan selama beberapa jam.

            Pada hari khamis yang lalu, 10 Oktober 2013,Syarif bersama ahli kumpulan LdoubleUT telah dihantar ke pasar malam di bandar Pekan dan tanpa diketahui syarif telah dihanter ke sebuah gerai yang menjual ikan. Secara jujurnya, syarif pada dulunya pernah hidup sebagai anak si penjual pasar malam, bermacam2 dugaan yang ditempuh dan syarif berasa bangga kerana dapat kembali merasa keadaan di pasar malam pada usia sebegini walaupun hanya seketika. Tetapi, menjual ikan adalah pengalaman pertama yang dilalui oleh syarif dan pengalaman ini akan menjadi antara pengalaman paling terindah buat syarif.
            Setelah sampai disana, seorang mak cik telah menunggu syarif dan jelas dimukanya menunjukkan dia menanti-nantikan kedatangan syarif. Nama mak cik itu ialah Aisah binti Abd Talib, mak cik Aisah adalah pemilik gerai ikan tersebut dan dia sering menjaga gerainya pada setiap hari bersama suaminya, tetapi semasa syarif sampai, suaminya sedang nyenyak tidur didalam kereta, mungkin terlalu penat.







           
Mak cik Aisah telah mengajar syarif bagaimana nak layan pelanggan dan mengajar tentang cara-cara mengira menggunakan mesin timbang&kira di gerainya. Pada sangkaan awal, syarif menyangka bahawa tidak ramai yang akan membeli ikan, kerana itu adalah pasar malam dan bukannya pasar pagi, tetapi syarif silap kerana gerai kami agak sibuk sehingga pada satu masa terdapat beberapa orang pelanggan menunggu-nunggu untuk membeli ikan. Pada ketika itu, kami sangat sibuk dan apa yang terbayang diakal syarif adalah, macam mana mak cik Aisah mengatasi situasi macam ni semasa dia keseorangan digerai. Bukan senang nak layan kerenah pelanggan yang bermacam-macam jenis, ada yang cerewek dan ada yang banyak tanya.
            Semasa menjual ikan, terdapat beberapa mak cik yang kelihatan pelik apabila melihat syarif, mungkin kerana tidak pernah yang melihat syarif menjaga gerai ikan mak cik Aisah kot. “Ni anak mak cik Aisah ke?”, “Mak cik Aisah, ni anak yang ke berapa?”, “Ni siapa? Tak pernah nampak pon”, inilah dialog yang sering dikeluarkan oleh beberapa orang mak cik dan mak cik Aisah menjawab syarif sebagai anak angkat. Yang paling menarik, ada makcik yang menyangka syarif adalah pelajar dari Sabah, dan yang paling dasyat, ada yang menyangka syarif dari negara seberang. Mak aih!! Terengganu la mak cik. Disini jelas kelihatan mak cik Aisah mempunyai ramai pelanggan tetap sehingga merasa pelik dengan kehadiran syarif.
Waktu sudah menjelang malam dan pelanggan semakin berkurangan, pada waktu itu, syarif dan mak cik duduk dibangku gerai itu dan berborak. Mak cik Aisah menceritakan tentang perangai-perangai anaknya dan syarif boleh mengkategorikan mak cik Aisah sebagai ibu yang Berjaya kerana ramai anaknya dapat kealam universiti dan tinggal tiga orang lagi yang masih belum tamat dialam persekolahan. Ketika waktu cuti, anaknya sering menolongnya digerai.
Mak cik Aisah juga menceritakan tentang hari-harinya sebagai seorang peniaga ikan, mak cik Aisah sering tiada dirumah kerana sibuk dengan menjual ikan. Bagi syarif beberapa jam menjual ikan sudah cukup untuk menguji syarif, kerana menjual ikan bukannya satu kerja yang mudah dan agak mencabar apatah lagi pada musim tengkujuh. Pada masa itu, syarif terfikir, didalam kesenangan syarif memakan ikan tiga rasa, ikan bakar dan macam-macam lah, rupanya terdapat banyak pengorbanan disebalik itu. Demi mencari rezeki yang halal, itulah yang terbaik untuk mak cik Aisah.
Jam menunjukkan pukul 7.55malam dan abang Amanl dan ahli  LWT yang lain telah datang ke gerai kami untuk mengambil syarif. Dengan berat hati syarif pergi meniggalkan gerai mak cik Aisah dan sedikit rasa bersalah kerana tidak sempat menolong mak cik Aisah dan suaminya mengemaskan gerai.
Kesimpulannya, secara jujurnya, syarif sangat bersyukur kerana terpilih sebalah ahli LdoubleUT dan tanpa dengan kumpulan ini, mungkin syarif tidak merasa pengalaman seperti ini. Apa-apa pun, pengalaman menjual ikan boleh dijadikan kenangan buat syarif dan syarif akhiri artikel ini denga laungan ini, "Ikan3!!!, ikan kak, ikan kembung ada, selor ada, selayang ade... mari3, ikan segor nih.."  hehe.. bye, Assalamualaikum.

<3 ALLAH

<3 LdoubleUT

Saturday, 12 October 2013

P1: KEDAI KEK DAN ROTI MAK CIK TI (RAHIMAH~CRP)

Assalamualaikum....syukur kehadrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan utk tulis pengalaman pertama selepas terpilih utk join LdoubleUT ..."Manusia merancang,Allah juga merancang.tp sebaik baik perancang adalah Allah"...sangat suka ayat ini saya gunakan acapkali saya menulis mahupun ketika saya berbicara dgn sahabat2 yg lain. Sebelum ni,tidak pernah terlintas dibenak fikiran saya bahawa satu hari nati saya akan berniaga dipasar malam. Sebelum ni,saya hanya pergi beli. Pernah jugak terfikir,apa perasaan mak cik2,pak cik2,akak2,abang2 yg berniaga dekat pasar malam ni,seronok x?Then,bila saya dah experience sendiri, Ya Allah .mcm ni rupanya.Seronok sangat.

Ok.Bagaimana saya boleh terjebak ke pasar malam ni?Untuk pengetahuan semua, inilah first task yg diberi oleh abg Aman Aiman utk saya dan rakan2  LdoubleUT yg lain.Perasaan mula2 selepasa diberi tugas pertama ni macam ."saya mampu buat ke bnda ni?" . "pasar malam?.kena face dgn ramai org?" , "macam mana nak create environment yg tidak awakward bila berhadapann dgn pembeli?" . "macam mana nk jadi a good promoter?" .banyak persoalan sebenanya, but i trust Allah.The believers should know it for fact that Allah swt never puts any burden on a soul that is beyond its ability to bear.^^ kan~

Masa makan tengahhari tu ada tanya Maisal(rakan sekelas a.k.a ahli LdoubleUT) sbb dia pernah ada experience jadi promoter.Oops! Mai terbocor rahsia kau lak.hehe.. Maisal pernah jadi promoter dekat mall, sbb tu saya tanya Maisal .Almaklumlah saya xpernah ada pengalaman.Sekurang-kurangnya kita belajar dari pengalaman org lain.In shaa Allah.Dari UMP pekan, saya dan rakan2 yang lain bertolak kira2 jam 6 petang

Setibanya di pasar malam yang terletak di pekan a.k.a yg terletak berhampiran UMP@city,perasaan teruja dan berdebar sebab diberi amanah utk buat kerja2 amal ni. Even orang ckp "pasar malam jaa pon" tp as for me rasa takut tu ada jgk sebab ini satu amanah.Turun saja dari keta ,arif (ahli LdoubleUT)  ajak melawat rakan2 yang lain dulu berniaga.Selepas tgok rakan2 yang lain macam enjoy ja "berniaga" then mula rasa, "ok i can do this ". Lepas tu Abg Aman Aiman letakkan saya di kedai yang menjual kek,roti,roti sosej,doughnut (kalah dunkin's doughnut sedapnya kan abg Aman).hehe

Sampai saja saya di gerai tersebut,saya disambut dengan mesra sekali dengan mak cik dan pak cik empunya gerai. Perasaan seronok sangat.Pak Cik tu saya sampai2 terus belikan air utk saya.Awal2 lagi dah terharu cara layanan pak cik dgn mak cik.Saya hanya hanya tahu nama mak cik .Dia ckp sruh panggil dia  Mak cik Ti (nama sebenar katijah).Xsmpat nk berkenalan dgn pak cik empunya gerai lebih lama,sbb dia ada hal yg  xboleh dielakkan. Kiranya saya dengan mak cik yang menjaga gerai hari tu.

Walauun dalam  masa yang singkat bertemu Mak cik Ti,namun Mak cik Ti sempat berkongsi sedikit pengalaman ketika dia bekerja dalam bidang perniagaan.Mak cik Ti sangat tekun orangnya ketika bekerja. Kalau boleh setiap perkara yang dia buat,dia nak benda tu perfect.Dia nakkan kepuasan ketika bekerja.Dia tidak suka lihat orang curi tulang ketika bekerja.Seronok dapat tahu serba sedikit tentang Mak cik Ti.Mak cik Ti jgak seorang yang kreatif.Dia pndai melukis batik dan pernah menerima anugerah. Hebat kan! Teruja dengar cerita Mak cik Ti.Mak cik Ti juga ada buka kedai kek dan roti yang terletak di Pekan.Siap ada kad lagi Mak cik Ti bagi. In shaa Allah kalau ada masa lapang dan terluang bolehla nak berkunjung ke kedai kek dan roti mak cik Ti.

Tugas saya hanya menjaga kedai.Kalau ada pelanggan, cuma isikan makanan apa yang pelanggan nak beli, pada masa yang sama jadi cashier.Kalau ada pelanggan yang datang, Mak cik Ti akan cakap "ni anak baru" . (sambil tersenyum Mak cik Ti) .Rasa seronok dengan layanan Mak cik Ti,baik sangat. Bila masuk waktu maghrib, saya jaga kedai,then mak cik Ti solat dulu.Waktu tu rasa mcm bertanggugjawab sikit.Sebab terpaksa jaga gerai sorang2 lagi pulak gerai org. Sebelum tu Mak cik Ti dah beritahu siap2 harga setiap makanan yang ada. Nanti2 kalau ada pelanggan nak kira macam mana kalau xtahu harga~ kan~.Tapi Alhamdulillah berjaya jugak handle gerai sorang2. First experience yg sgt ohsem! Thanks LdoubleUT.  





Bila mak cik selesai solat maghrib,saya dan azie (rakan UMP)  pergi menunaikan solat.Alhamdulillah selesai solat,terus berjumpa dengan mak cik Ti.Kebetulan masa tu Pak cik pon ada.Baru habis mesyuarat.Saya meminta izin untuk pulang dahulu kerana kami diberi tugas utk menjaga sehingga pukul 8 malam sahaja.Kebetulan mak cik dan pak cik dapat berita ada saudara dia sakit.Jadi dia nak tutup gerai awal haritu.Setelah bersalaman,saya bersama rakan2 yang lain berkumpul dia A&W utk sesi post mortem.

Tujuan post mortem adalah utuk membincangkan experience setiap ahli LdoubleUT dan cara utk memperbaiki kualiti setiap ahli LdoubleUT.Lastly,abg Aman Aiman explain next program utk ahli LdoubleUT dan abg Aman beritahu cara utk kami improve to be a good" leader without tittle". In shaa Allah,muadah mudahan Allah bantu utk setiap niat murni kami semua ahli LdoubleUT. ^^






P1: SAYUR-SAYUR!! MAI BELI SAYUR,TAK BELI RUGI :D (AZEE)


:D mulakan hari-hari indah anda dengan senyuman.
Okey guys, first sekali ape kata kita mulakan wadah kita dengan seranggap pantun..cewahhh!

Indah berbalam si awan petang,
Beranak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Actually pada 10/10/2013 yang lalu azie ngn beberapa team"LdoubleUT" telah ke pasar berhadapan dengan ump@city untuk program yang dipanggil khidmat kominiti gitu. So berkaryaanya azie disini adalah untuk menceritakan kepada adikadik tentang pengalaman kakak2 yang berniaga buat pertama kalinya. Okay sejujurnya memang saya tak ada langsung pengalaman berniaga. Tapi masa aze kat sekolah dulu adalah jugak aze meniaga okay. Cumanya meniaga masa hari usahawan je la.. hehe :D
Tapi sedikit sebanyak azee gunakan pengalaman meniaga tu untuk diterapkan sepanjang azee meniaga kat pasar tu.

Senanya aze lambat beberapa jam dari kawan2 yang lain. So sad you olls. tp its okay la sbb aze tetap enjoy meniaga. Okay first sekali masa sampai kat pasar tu jumpa umie okey. Wuu semangat gitu tgk umie niaga. Umie niaga keropokk lekor.. so yummy! N jalan lagi kedepan we olss jumpa dengan nash. Nash tny sape nk niaga sayur kat sebelah gerai dia. So aze pun dengan penuh semangat meng-offer kan diri.. hehhe :D berdebar iolls you!

            ya its me with kak nawiah. we are so comel i think! muahaha. okey perasan jap :)

Kami so sweet beramah mesra bersama-sama. tanya berkenaan diri masing-masing. Rupanya kak Nawiah ada 6 orang anak.. Aze pun terfikir macamna kak Nawiah bekerja siang dan malam demi membesar anak-anak yang semuanya masih bersekolah. seperti yang kita tahu kos bersekolah anak-anak sangat tinggi sekarang. sedikit sebanyak cerita kak Nawiah aze dapat jadikan pengajaran.






Tengok bertapa sweetnya kami. Ibarat ibu dan anak gitu.*ada yang cakap*
 keakraban yang dibina akan selalu dikenang. insha Allah :D













Sempat jugak beramah mesra dengan suami kak Nawiah atau digelar dirinya pakcik. pakcik so gentleman bila pakcik bangun dari kerusi dan bagi isteri tercinta untuk duduk. haha :)









"Nak beli sayur kak?" tu dia keluar sudah suara merdu ku melayan pelanggan yang datang

sungguh ramai pelanggan kak nawiah. Sampai tak cukup tangan aze dibuatnya.. Dalam masa berniaga aze nampak sungguh keikhlasan kak Nawiah dalam berniaga. sangat banyak pelanggan yang dapat diskaun. bila aze tanya "biarlah,anak ramai" Ya Allah terharu aze. serius aze rasa macam nak menitiskan air mata. Walaupun harga sayur-sayuran digerainya sudah cukup murah aze rasa tapi diskaun tetap diberikan. Betapa baiknya hati akak. aze doakan rezeki akak sekeluarga sentiasa dimurahkan olehnya.

Macam-macam tips berniaga yang aze dapat. yang pertamanya perlu ikhlas kerana Allah. Kata kak Nawiah,berniaga kena rajin. Jujur penting. Jangan fikir nak untung ja. yang mungkin untung tu penting tapi jangan sampai kita tipu dalam berniaga. hilang keberkatannya.

Sekarang tibalah masa untuk bersurai.so sad ku rasakan. Dan sebelum balik sempat kak Nawiah kirimkan kulat n cili api untuk aze. yeyyy!! seronok! macam nk lompat2 kat pasar *gimik je* 
Aze balik ump dan whatapps mak gambar kulat. Okay rupanya bukan aze sorang yang gembira sakan. haha. Thanks kak Nawiah! Me so love you :* semoga suatu hari nanti kita bertemu kembali! Terima Kasih pembaca!! Assalamualaikum .wbt. :D