Bismillahirahmanirahim….
Assalamualaikum dan salam satu in-smartive sahabat-sahabat
semua…
Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana mngizinkan saya
untuk berkongsi satu pengalaman yg sangat bermakna dalam hidup ..LEADERS
WITHOUT TITLE (LdoubleUT) adalah satu kumpulan yg ditubuhkan untuk menambah
nilai diri seseorang individu bagi tujuan menjadi seorang fasilitator yg serba
boleh dalam mengendalikan sesuatu proram….ye ker??hehe…
Untuk task pertama yg diberi adalah menolong peniaga dipasar
malam Bandar Pekan…Dengan memandu sebuah kereta kancil yg disewa, saya dan 4
org sahabat bergerak menuju ke lokasi pasar malam tersebut..perjalanan ke
lokasi mengambil masa lebih kurang 20 minit je..
Setibanya di lokasi jantung saya berdebar-debar menanti untuk
diserahkan kepada peniaga..saya berharap untuk ditempatkan di gerai yg menjual
makanan kerana perut saya masa tu tersangatlah lapar..hahaha..Apabila jumpa abg
Aman di pasar tu saya hanya diam seribu bahasa sabar menanti arahan dan
mengikut jejak langkah abg Aman melalui satu-persatu gerai yg ada dipasar
tersebut..bibir mula tersenyum dan hanya mampu gelak dalam hati bila terpandang
sahabat-sahabat yg dah berada di gerai-gerai jualan…gelak melihat umi menjual
keropok..Dila dan Syarif menjual ikan….nasir pulak kat gerai sayur…haha..mase
tu sy dan Maisal je belum diserahkan kepada peniaga..tengah-tengah berjalan
asyik gaduh je dgn maisal berebut gerai..hehehe…
Akhirnya sy ditempatkan di gerai yg menjual pakaian…dalam
hati ini berkata mungkin ada hikmah ditempatkan kat sini…abg aman
memperkenalkan sy kpd peniaga tersebut iaitu kak kizan..kak kizan menerima
kehadiran sy dgn gembira..sy mula berkenal-kenalan dgn kak kizan..sangkaan sy
umur kak kizan jauh brbeza dgn sy tp rupa-rupanya hanya beza setahun…haha..kak kizan
nampak malu2 bila sy panggil dia kak…takpelah yg tua kita hormati yg muda kita
sayangi..ye dak???...
![]() |
Sesi Tak Kenal Maka Tak Cinta dengan Kak Kizan :) |
Awal-awal agak kekok untuk berbual dgn kak kizan tp
lama-lama kak kizan mula menunjukkan tanda positif utk berkongsi cerita dgn sy…kak
kizan mula berniaga selepas tamat spm dgn menolong ayahnye berniaga pakaian di
semua pasar malam di pekan…Namun kesedihan turut terpancar di wajah kak kizan
bila dia menceritakan perniagaan mereka makin merosot sejak akhir-akhir ni…kak
kizan bgitahu antara sebabnya adalah lokasi gerai yg tidak strategik…gerai kak
kizan terletak dikawasan kurang orang ramai lalu lalang..selain tu jgk cuaca
sekarang tidak menentu…kak kizan bgtahu pernah terdetik dihatinya untuk
berhenti berniaga dan mencari kerja lain namun memikirkan ayahnya yg masih
bersemangat untuk berniaga,kak kizan membatalkan niatnya dan terus berusaha
hingga kini…
Walaupun tidak ramai pengunjung yg dtg namun sy tetap
tunjukkan muka manis kpd kak kizan menandakan sy tak bosan dan suka melayan
pengunjung..pengalaman sebegini tak akan dapat tanpa LdoubleUT…terima kasih
semua warga LdoubleUT..
Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan
ditengahari…masa tu jam menunjukkan pukul 8 malam..Guruh mula
berdentum…nampaknya hujan bakal turun bila-bila masa je..kak kizan mula
mengarahkan adiknya, Nazri untuk mengemas semua pakaian..sy turut membantu
mereka membungkus semua pakaian kedalam bungkusan kain..hujan rintik mula
menyembah bumi…namun pakaian yg belum disimpan masih byk…nasib kami baik kerana
warga-warga LdoubleUT yg lain dtg turut membantu…masa tu sy rasa happy sgt sbb
ramai dtg tolong kak kizan…kak kizan pun suka sbb dpt kemaskan semua barang
dengan cepat…kak kizan bagitau Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah..Ada perniagaan
yang kadangkala untung dan adakalanya rugi. Adat orang meniaga, ada untung dan
ada ruginya. Ada turun dan adakala naik… sebelum balik sy sempat mintak maaf dr
kak kizan dan berterima kasih kerana beri sy peluang utk mencari pengalaman
sebgai seorang peniaga..Kak kizan juga ucap banyak2 terima kasih kat sy dan semua
warga LdoubleUT yg tolong dia…sy rase sedih dan terharu kerana tak dapat tolong
byk sgt..maaf ye kak kizan..huhu L ..dan sy
juga rasa terharu dan gembira bila kak kizan menghadiahkan sehelai baju t-shirt
kpd sy…sy nak bagi duit tapi kak kizan x nak..ikhlas katanya…Alhamdulillah..org
memberi kita menerima..sy doakan semoga kak kizan dan keluarga akan mendapat
rezeki yg lebih selepas ni..amiin…
![]() |
Baju Hadiah Kenangan Drpd Kak Kizan..Terima Kasih ..:) |
0 comments:
Post a Comment