Sunday, 24 November 2013

P1: LANGIT TAK SELALU CERAH [MUKHRIS]

Bismillahirahmanirahim….

Assalamualaikum dan salam satu in-smartive sahabat-sahabat semua…

Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana mngizinkan saya untuk berkongsi satu pengalaman yg sangat bermakna dalam hidup ..LEADERS WITHOUT TITLE (LdoubleUT) adalah satu kumpulan yg ditubuhkan untuk menambah nilai diri seseorang individu bagi tujuan menjadi seorang fasilitator yg serba boleh dalam mengendalikan sesuatu proram….ye ker??hehe…

Untuk task pertama yg diberi adalah menolong peniaga dipasar malam Bandar Pekan…Dengan memandu sebuah kereta kancil yg disewa, saya dan 4 org sahabat bergerak menuju ke lokasi pasar malam tersebut..perjalanan ke lokasi mengambil masa lebih kurang 20 minit je..

Setibanya di lokasi jantung saya berdebar-debar menanti untuk diserahkan kepada peniaga..saya berharap untuk ditempatkan di gerai yg menjual makanan kerana perut saya masa tu tersangatlah lapar..hahaha..Apabila jumpa abg Aman di pasar tu saya hanya diam seribu bahasa sabar menanti arahan dan mengikut jejak langkah abg Aman melalui satu-persatu gerai yg ada dipasar tersebut..bibir mula tersenyum dan hanya mampu gelak dalam hati bila terpandang sahabat-sahabat yg dah berada di gerai-gerai jualan…gelak melihat umi menjual keropok..Dila dan Syarif menjual ikan….nasir pulak kat gerai sayur…haha..mase tu sy dan Maisal je belum diserahkan kepada peniaga..tengah-tengah berjalan asyik gaduh je dgn maisal berebut gerai..hehehe…

Akhirnya sy ditempatkan di gerai yg menjual pakaian…dalam hati ini berkata mungkin ada hikmah ditempatkan kat sini…abg aman memperkenalkan sy kpd peniaga tersebut iaitu kak kizan..kak kizan menerima kehadiran sy dgn gembira..sy mula berkenal-kenalan dgn kak kizan..sangkaan sy umur kak kizan jauh brbeza dgn sy tp rupa-rupanya hanya beza setahun…haha..kak kizan nampak malu2 bila sy panggil dia kak…takpelah yg tua kita hormati yg muda kita sayangi..ye dak???...

Sesi Tak Kenal Maka Tak Cinta dengan Kak Kizan :)
Awal-awal agak kekok untuk berbual dgn kak kizan tp lama-lama kak kizan mula menunjukkan tanda positif utk berkongsi cerita dgn sy…kak kizan mula berniaga selepas tamat spm dgn menolong ayahnye berniaga pakaian di semua pasar malam di pekan…Namun kesedihan turut terpancar di wajah kak kizan bila dia menceritakan perniagaan mereka makin merosot sejak akhir-akhir ni…kak kizan bgitahu antara sebabnya adalah lokasi gerai yg tidak strategik…gerai kak kizan terletak dikawasan kurang orang ramai lalu lalang..selain tu jgk cuaca sekarang tidak menentu…kak kizan bgtahu pernah terdetik dihatinya untuk berhenti berniaga dan mencari kerja lain namun memikirkan ayahnya yg masih bersemangat untuk berniaga,kak kizan membatalkan niatnya dan terus berusaha hingga kini…

Walaupun tidak ramai pengunjung yg dtg namun sy tetap tunjukkan muka manis kpd kak kizan menandakan sy tak bosan dan suka melayan pengunjung..pengalaman sebegini tak akan dapat tanpa LdoubleUT…terima kasih semua warga LdoubleUT..

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari…masa tu jam menunjukkan pukul 8 malam..Guruh mula berdentum…nampaknya hujan bakal turun bila-bila masa je..kak kizan mula mengarahkan adiknya, Nazri untuk mengemas semua pakaian..sy turut membantu mereka membungkus semua pakaian kedalam bungkusan kain..hujan rintik mula menyembah bumi…namun pakaian yg belum disimpan masih byk…nasib kami baik kerana warga-warga LdoubleUT yg lain dtg turut membantu…masa tu sy rasa happy sgt sbb ramai dtg tolong kak kizan…kak kizan pun suka sbb dpt kemaskan semua barang dengan cepat…kak kizan bagitau Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah..Ada perniagaan yang kadangkala untung dan adakalanya rugi. Adat orang meniaga, ada untung dan ada ruginya. Ada turun dan adakala naik… sebelum balik sy sempat mintak maaf dr kak kizan dan berterima kasih kerana beri sy peluang utk mencari pengalaman sebgai seorang peniaga..Kak kizan juga ucap banyak2 terima kasih kat sy dan semua warga LdoubleUT yg tolong dia…sy rase sedih dan terharu kerana tak dapat tolong byk sgt..maaf ye kak kizan..huhu L ..dan sy juga rasa terharu dan gembira bila kak kizan menghadiahkan sehelai baju t-shirt kpd sy…sy nak bagi duit tapi kak kizan x nak..ikhlas katanya…Alhamdulillah..org memberi kita menerima..sy doakan semoga kak kizan dan keluarga akan mendapat rezeki yg lebih selepas ni..amiin…


Baju Hadiah Kenangan Drpd Kak Kizan..Terima Kasih ..:)

Friday, 22 November 2013

WITH LOVE, TRUST AND RESPECT - TITIK SENTUHAN 3.0 (EJAT)

      Assalamua’laikum readers, wish korang baik-baik saja. Sihat insyaAllah. =) Suddenly terdetik kat hati ni, nak share moment bila mengikuti program Titik Sentuhan 3.0, yang diadakan pada 24 hingga 27 oktober 2013 yang lalu. Nak tau kat mana? Haa~ The place is Rumah Kebajikan Ar-Rayyan, Johor Bahru. Something new for us, para fasilitator Insmartive UMP dapat gather up with kids which ibu dan ayah mereka telah tiada, atau mungkin punyai masalah peribadi. Dalam hidup kita, kita selalu ada ibu dan ayah. Kan? Ada tempat untuk bergurau dan bermanja. Ada masalah, boleh share dengan mereka berdua. Betul? Tapi kita pernah terfikir jika kita tiada mereka berdua? Tiada mereka berdua tika usia masih menginjak dewasa? Ketika kita masih perlu kasih dan sayang yang tinggi dari mereka. Its like we’re nothing when both of them, our parents, are not with us. Right?

     My first expectation bila dapat join program ni is the place. Sebut tentang rumah kebajikan mesti kita bayangkan yang besar-besar. Kan? Hehe. And my expectation is wrong. It just a small bungalow I think, as their place. Live there. Eat there. Study and play. ^-^ Kami semua tiba petang jumaat lebih kurang pukul 5 petang. Menaiki bas UMP. And petang tu just kendiri means aktiviti bebas coz adik-adik pon belum pulang dari sekolah. Adik-adik lelaki dan perempuan diasingkan di tempat tinggal yang berbeza. And rumah tempat kami berprogram tu adalah rumah adik-adik perempuan. Mostly adik-adik Ar-Rayyan ni masih bersekolah dan yang paling tua, tingkatan 5.

     
     After maghrib, adik-adik lelaki sampai. And kita wat Ice Breaking sesame penghuni Ar-Rayyan. Tahu kenapa Ice Breaking ni penting? Haa~  Ok. One of the objectives kita wat Ice Breaking ni untuk memperkenalkan diri kita kepada orang yang tak pernah kenal kita langsung. Juga sebagai permulaan sebuah ikatan perhubungan. Its like ta’aruf session and we need to tell them little bit about ourselves. So, malam tu just ada one slot je which is Slot Kau Ada Aku Ada.

     Slot Kau Ada Aku Ada adalah first slot adik-adik ni. This slot teach us how to feel grateful for what we have in our life and how to get creative if we have permanent disabilities such as blind or deaf. Slot ni sangat mencabar and fasi ditugaskan ganggu kosentrasi adik-adik ni. Untuk slot ni, ada sorang adik ni marah gila dekat ejat sebab kacau group dia. And group dia buat semula daripada mula. Memang stress dan tegang waktu tu. Tugasan dalam slot ni, kena bina something berdasarkan arahan daripada si kudung (tangan diikat). And yang kena bina tu si buta (mata ditutup dengan kain). Memang mencabar. And yang menang malam tu adalah group ejat ! =) Hebat rupanya adik-adik kumpulan ejat ni. Hehe. So, malam tu fasi-fasi kene tidur dengan adik-adik. Memang best la kan. Dah lama tak tidur ramai-ramai.






    

                                   


     


   

                                                                                                                                                         




   








     For the second day, kitorang dah nampak macam satu family. Seriously ejat rasa macam takde beza pon fasilitator UMP dengan adik-adik Ar-Rayyan. Semua happy and enjoy. And I’m proud to be one of the members in Insmartive. That day ejat banyak snap gamba. For me, pictures can tell us the feelings, situation and action of the day. Like we flew back and do all things on that day. Such an epic. Haha. Ejat happy sangat dapat tengok adik-adik Ar-Rayyan tu gelak ketawa. Maybe tu gelakan dan ketawa mereka yang paling ikhlas. Tulus. Lahir dari hati yang kita sendiri takkan dapat tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan. =) Second day kita main game dengan adik-adik and nak diorang totally enjoy Sabtu tu. Ade game baling selipar, teng-teng, and paling best time main belon air. Time game ni paling meriah coz game ni paling last. Semua kumpulan main ramai-ramai. Paling kelakar bila dah jatuh kat jalan still tak meletup. Tak dikira mati. Abang dan kakak fasilitator pon join sekaki. Meriah sangat. Thanks kat diorang sebab support. Good job guys ! 

 “Touch their hearts”, pesan abang wan . Looks nothing but it’s meaningful. Why? Seriously kalau ejat dekat tempat adik-adik tu. Mesti ejat nak ada abang atau kakak yang ejat boleh share story. Pasal sekolah. Pasal kawan-kawan. Pasal semua la. Right? 



    Part yang ejat paling suka time program ni ialah time makan. Suap menyuap tu nampak harmoni sangat. And tak nampak pon macam pendatang. Looks like one big family gathering. Best. =) Tujuannya adalah, mengeratkan ukhuwah sesama adik-adik dengan para fasi Insmartive. Bila time tidur pula, kena tidur dengan adik-adik ni. Macam-macam gaya tidur. Nasib baik abang dan kakak fasi tidur sopan. Haha. =P







     For the last day, adik-adik dah mula sayang dekat abang dan kakak fasi. Buat apa saja mesti abang dan kakak yang mereka cari. Perpisahan mesti sangat menyakitkan bagi mereka. And bagi kami juga. Sedih kot. Haha. Aktiviti hari ahad tu just wat colouring shirts sebagai hadiah untuk mereka. Tanda-tanda kenang-kenangan hasil tangan abang dan kakak fasi. Adik-adik tu happy sangat dapat shirts. Siap banding-bandingkan shirts masing-masing. =) Glad to see them happy. Ejat sedih sangat sebab rasa sekejap je dapat jumpa adik-adik tu. Kene tinggalkan diorang. Siap menangis tu. Haha. Lol. =P








    














     

     Overall, ejat sangat beruntung dapat jumpa diorang. And paling penting dapat join program Titik Setuhan 3.0. Appreciate sangat-sangat kat Sharimie Arif sebab offer. And that’s my first programme and it give me strength to join next programme under Insmartive. =) InsyaAllah. Bila kita wat something dengan ikhlas dan tak harapkan balasan. Allah nampak niat kita dan berikan apa yang setimpal dengan apa yang layak untuk kita. Konklusinya, hargai ibu dan bapa sementara mereka masih bernyawa. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

     Rasa cukup untuk setakat ni, thanks readers !!!  Hope korang enjoy dan hadam story ni. Haha. Got to go. Kerja menanti. Daaa~  (^_^)